Followers

Wednesday, June 1, 2011

# Mood berpuasa sudah mari..

salam dan selamat pagi semua..baru ada kerajinan (betul ke ayat ni?) sikit untuk update blog..kalau tak terbiar tersadai je blog ni.haha..

arini aku puasa,harap-harap dapat la bertahan sampai ke waktu maghrib nanti..bukan apa,selera makan sekarang ya ampun besar punyer!kejap-kejap rasa lapar,asyik la nak mengunyah jer.

pagi tadi bangun pukul 5.15 sahur makan nasi goreng cili padi yang digoreng malam tadi.siap bertambah-tambah nasi lagi.aisehh!padahal baru je kena warning dengan misi bulan lepas suruh diet sikit sebab berat badan naik almost 4kg dalam masa sebulan..gila kan?

dah abis makan nasi tengok jam oh sempat lagi ni bancuh susu,maka minum la susu nespray satu mug besar tu.ehh,ada masa lagi la mari kite tengok apa lagi yang ada dalam esbok.ada epal la,kunyah pulak buah epal sebijik..pastu minum air masak 2 gelas..see see,betapa besar nya selera makan aku walaupun time sahur.ada sesetengah orang tu tak lalu nak makan banyak2 time sahur.aku?tibai abis abisan..

tu pun stok roti gardenia aku dah abiskan semalam,kalau tak mau tambah dengan makan roti lagi tadi..dah siap makan tengok jam dah 5.40 pagi.harus lah sambung tido balik.haha.pukul 6.30 bangun je kepala dah weng semacam je.ni pun masih lagi pening-pening lalat ni..padan muka aku.. ;)

eh,korang-korang semua kuat makan tak masa mengandung?


gambar takde kaitan dengan jalan cerita ye.. :)

Wednesday, May 25, 2011

# Kebanggaan ku..

mula-mula salam sayang kepada semua blogger2 di luar sana..aku ni malas yang amat nak update blog,tak tau la nape.dah bersawang gile-gile blog kecik ku ini.huhu..

apakah kebanggaan ku iteww?mesti tak sabar nak tau kan?aku coretkan di dalam blog ini untuk kenangan anak-anak aku nanti.ce cite ce cite..

well,di saat usia kandungan kedua memasuki 25 minggu aku berjaya lulus test jpj bahagian motor punya.haha,gila kan?aku amik test tu semalam,alhamdulillah berjaya dengan sekali percubaan saja tak macam aku test kete aritu.

walaubagaimana pun syukur kerana dah ada lesen P untuk kete dan motor.hooray!!

sepatutnya lepas test kete aku terus test motor bln 2 aritu tapi disebabkan kandungan baru lagi aku tak berani nak amik risiko,mungkin awal2 kandungan rahim lemah lagi sapa tau kan?ehh,nak naik titi nak buat brek kecemasan ni tau.so asyik la duk postpone je sampai la suami tercinta usul kan pasal lesen aku ni.

dia tanya agak2 aku nak sambung buat lesen lepas beranak ker..stail perli2 lite-lite gitu,nyampah mak!yang aku berdarah tok janggut ni apa lagi terus sahut la cabaran dia.pantang nih diperli2 camni tau.haha..

baik la bang,saya akan buktikan saya akan dapat P moto tu dalam bulan ni jugak!hari sabtu 2 minggu lepas tatkala korang2 tengah syok tido pagi2 buta tu aku duk belajar bawak motor kat akademi memandu.bukan tak reti bawak motor selama ni pergi opis merempit je cuma kali ni belajar bawak motor mengikut undang-undang jalan raya yang betul dan secara berhemah.ececeh..

kelas untuk motor selama 6 jam tapi aku buat 4 jam jer.satu kelas aku skip sebab takde orang nak jaga izzul.haha..aku paling takut nak buat brek kecemasan tu jer.masa cakap tipun laki aku selamba jer pesan "ma,masa buat brek kecemasan tu,awak brek sampai berasap tayar tau ala2 drift"..ni gila ke apa nak suruh aku mati cepat nih.tunggu dia balik sini minggu depan aku nak tanya dia dah ada pengganti aku ke.siap dia!haha..

pasni dah tak payah risau serabut laki nak bebel pasal lesen lagi dah.so,kepada anak-anak ada brani celen mak tak?? ;)

Thursday, May 12, 2011

# M besar punyer

fuhh fuhh fuhh,tiup sawang-sawang dulu.dah berabuk blog ni ku tinggalkan.hohoho,tahap kemalasan adalah semakin menjadi-jadi sekarang ni.banyak yang nak cite tapi malas nak taip.

nak cite pasal kenduri SIL pada minggu lepas,cite pasal izzul,cite pasal diri aku sendiri lagik.tapi nampak gayanya,perasaan malas lagi tebal.so kita postpone la dulu..huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...