Followers

Friday, October 1, 2010

#Gambar Raya

Mesti korang semua cakap apelah azni ni, syawal dah nak abis baru nak letak gambar raya. Ado den kesah?? Hehe.. Lambat sket sebab kat umah line internet lembap, so update kat opis jer. Ni gambar edisi 1 Syawal jer, hari raya kedua dan hari-hari seterusnya tak ambik gambar pon. Excited pada hari raya pertama jer. :)) Oppss! Terlupa nak bagitau raya tahun ni disambut di rumah mertua di Negeri Sembilan. Yupp! Tahun ni mama tak balik raya kat kelantan atas alasan tersendiri, raya haji baru kitorang beraya kat kelantan. Sedih memang sedih tapi takpe la, tahun depan ada lagi. Begini la nasib kalo jodoh lain-lain negeri.. Nasib baik ade Izzul pengubat hati mama.. Oh ya, tema kami tahun nie adalah biru.. Tahun depan tak tau lagi kaler ape..hehe..

budak asyik nak berkepit ngan papa dia jer..jeles mama tau.. :p

anak sape la ni?

hubby dan anak2 buah

intan sexy la,nampak pampes!

bersama mertua 

proses pungut duit raya nampak nye di situ..

so sweet! rasa macam nak cium-cium je hubby izzul..;p

abang dan kak wan sekeluarga

busyuk busyuk masham masham mama

ape pandang2? :)

mama takde dalam gambar sebab jadi jurugambar

ammar,tehah,hubby dan izzul..

1malaysia

angah sekeluarga

#Resipi Baby

BUBUR BERAS MERAH

Beras merah (agak mahal sket bbanding dgn beras lain tp berkualiti dan bkhasiat)
Ikan/Daging/Ayam ( Pilih salah satu)
Kentang,Karot,Sayur Bayam merah (daunhijau + merah tu..tinggi kalsiumnya)
Rempah tumis, bawang merah, bawang putih, minyak jagung, sedikit garam
Masak seperti biasa

BUBUR 3 RASA

Bahan-Bahan;
Segenggam beras
Air mencukupi
1/2 batang lobak merah bersaiz kecil
Beberapa kelopak brokoli
Cara Menyediakan;
Cuci beras sebersih-bersihnya dan masukkan ke dalam periuk
Masukkan air dan biarkan mendidih
Setelah beras mula mengembang, masukkan brokoli dan lobak merah
Tambahkan air agar saur-sayuran dimasak dengan sempurna
Setelah masak, masukkan ke dalam pengisar. Sedia untuk di makan oleh bayi (8 -10 bulan)(Majalah Pa&Ma, Mac 2009)

SUP AYAM

Bahan-Bahan:-
1 ketul daging ayam (dihiris nipis)
700ml air250ml susu segar
1/2 kiub ayam
1 cawan tepung gandum (dibancuh sedikit air)
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:-
Masukkan isi ayam ke dalam periuk bersama air
Rebus sehingga ayam masak
Masukkan susu dan kiub ayam dan kacau dengan menggunakan api yang perlahan
Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga pekat
Akhir sekali, masukkan garam.
( Pa&Ma Mac 2009)


UTK MEMUDAHKAN PENGHADAMAN

Bahan-bahan ( 1 Orang )
* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 5 biji kurma lembut tanpa kulit
* Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
* Air rebusan barli

Cara-cara
Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.
2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak.
Sedia utk hidangan.

Resepi pengenalan kepada daging utk bayi anda....8 bulan ke atas...
(dengan nasihat doktor)

Bahan-bahan ( 1 Orang )
* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara
1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa.


#Isteri Malang

Balik ‘disambut’ kekasih suami

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/10/01

KUALA LUMPUR: Kepulangan seorang isteri ke rumahnya di ibu kota selepas berhari raya di kampung disambut dengan kejutan besar apabila terserempak seorang wanita tidak dikenali di dalam kediaman itu, manakala suaminya tiada di rumah.
Apabila mengetahui wanita itu kekasih suaminya, berlaku pertengkaran sebelum isteri malang itu ditikam dengan pisau lipat menyebabkan dia cedera pada lengan kanan selain lebam di muka dan tubuh akibat diserang.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Selasa lalu di rumah mangsa yang berusia 28 tahun di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini.

“Sebelum itu, kekasih suami wanita berkenaan cuba berhelah dengan memberi alasan dia kenalan adik ipar mangsa. Namun, mangsa tidak puas hati dengan jawapan itu kerana menemui pakaian dan seluar dalam wanita terbabit dalam bilik tidurnya.

“Berikutan itu berlaku pertengkaran sehingga wanita berusia 34 tahun terbabit bertindak ganas dengan mengeluarkan pisau lipat dan mengelar lengan kanan tangan mangsa sehingga berlumuran darah sebelum lari meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lebih malang suami mangsa langsung tidak menunjukkan tanda simpati kepada isterinya, sebaliknya menghubungi mangsa pada jam 8 malam dan mengugut mahu membunuhnya.
Sumber itu berkata, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

“Berdasarkan laporan mangsa, wanita yang menyerangnya mula mengenali suaminya sejak Mac lalu sebelum mereka menjalin hubungan intim. Wanita terbabit berjumpa suami mangsa di KL Sentral pada 9 September lalu sebelum dibawa pulang ke rumah mangsa.
“Ketika itu mangsa tiada di rumah kerana pulang berhari raya di kampung di utara tanah air,” katanya.

Menurutnya, bertindak atas laporan mangsa, polis menjalankan siasatan sebelum menahan suami wanita berkenaan serta teman wanitanya secara berasingan di ibu negara, Rabu lalu.

“Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

Kesian kat isteri malang tu. Tak tau la mama nak cakap, macam2 hal berlaku sekarang ni. Apa- apa pun sama-sama la kite berdoa agar perkara2 macam ni tidak berlaku ke atas keluarga kite. Insyaallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...