Followers

Friday, December 19, 2014

Mengandung kali ketiga?



Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mengandung buat kali ketiga.. hari-hari yang berlalu terasa lambat kerana tak sabar nak menatap wajah kesayangan di dalam perut ni..wah gitu,padahal baru 3 bulan usia kandungan..excited macam kan mengandung anak pertama je hehe..termasuk la suami dan abang2 pun tak sabar nak jumpa adik baby..

2 minggu lepas pergi kk presint 3 untuk buka buku pink..hb ok,tekanan darah ok,so far so good..tapi yang kelakar bila doktor tanya berkali2 latar belakang keluarga,macam tak percaya mak ayah saya tidak ada apa2 penyakit macam kencing manis atau darah tinggi ke..alhamdulillah dorang masih sihat walafiat masih kuat bekerja..kalau dorang ada apa2 penyakit buat apa saya nak tipu..yang mengandung adalah saya, dan kalau ada apa2 effect kat saya jugak..




berat turun sikit sebab awal-awal mengandung haritu takde selera makan, sampai sekarang pun takde selera makan lagi..saya takde alahan muntah ke takleh bau makanan ke apa..cuma takde selera makan..letak la makanan apa pun kat depan mata ku pandang sepi je..boleh makan buah je..kalau makan nasi dua tiga suap dah taknak dah.

awal-awal je macam tu, tunggu la masuk bulan keempat nanti tolak batu dengan kayu je kikihkih..



due adik baby pada bulan puasa,bertabah la azni oi telan ai liur jela tgk makanan pada hari raya nanti..demi dapatkan berat 45 kg mcm anak dara dulu ku sanggup berpantang betul2 kalini..

besar harapan nak menimang baby girl kali ni tapi kalau Allah bagi boboy lagi ku terima je..gegirl ke boboy ke,semuanya rezeki dari Allah..asalkan baby tu sihat dan sempurna tu saya doakan setiap hari..




Friday, August 29, 2014

Hari raya yang suram,eksiden..



ni nak cite azni eksiden pada hari raya pertama haritu..pagi tu seronok2 bersalaman dan beraya..then tengah hari nak g beraya kat rumah nenek husband..on the way ke sana kami sekeluarga telah berlanggar dengan kereta lain..

silap kereta tersebut yang buat u-turn secara tiba2..husband tak sempat nak elak terus langgar kereta orang tu..anak sulung azni yang tengah tidur kat seat sebelah driver tercampak ke dashboard dan luka sikit kat mulut dia..anak kedua dan husband takde apa2..manakala azni pulak luka dan bengkak kat betis..memang teruk jugak la bengkak dan luka tu..

petang dlm pukul 2 lebih kitorang ke hospital tunku jaafar untuk x-ray kaki azni..yep,hari raya pertama kami di hospital..ramai jugak orang,ingatkan raya tak ramai orang..setelah sekian lama menunggu alhamdulillah keputusan x-ray tidak menunjukkan tanda retak atau patah..

ikutkan plan hari raya kedua kitorang nak balik kelantan tapi dah kena macam ni kami husband and wife pikir panjang jugak la nak balik ke tak..keta kami of cos dah masuk bengkel..husband berkeras nak balik jugak so azni ikutkan jela..

malam raya kedua tu kitorang balik kelantan sampai pagi raya ketiga kat kampung halaman azni..mula2 taknak cite kat mak ayah pasal eksiden tu tapi dorang tengok kaki azni bengkak so cite jugak la..

beraya kat kelantan seminggu then balik putrajaya..bila balik sini azni perasan pergelangan kaki dan buku lali pulak makin membengkak,bila jalan sakit..so husband bawak g hospital putrajaya..after x-ray by x-ray doctor inform ligamen terkoyak so kena buat backslab..

doktor simen bahagian bawah kaki macam dalam gambar ni then dia balut dengan bandage..backslab ni salah satu fungsi untuk mengurangkan pergerakan supaya ligamen tu cepat sembuh (agaknya la kot)..azni diberikan mc selama 22 hari untuk berehat..





ni masa kaki bengkak..before dan after..masa mengandung dulu pun tak pernah sebengkak ini..



tongkat ajaib peneman diri.. :)


tetap posing walaupun kaki sakit.


seriously memang susah nak bergerak bila kaki dah kena bungkus macam ni,semua pergerakan terbatas..sepatutnya kena pakai selama 3 minggu tapi ku tak betah,rimas..masuk minggu kedua azni bukak bandage tu..baru lega hehe..ni kalau gatal dan nak garu kena jolok pembaris dalam tu,mana nak sama feel dengan garu pakai tangan..

alhamdulillah lepas dah follow up dengan doktor minggu lepas semua dah ok tapi kena hati-hati pasni..

satu yang azni sedar selama ni masa azni sihat, azni macam tak sedar pun anugerah anggota tubuh badan fizikal yang sempurna yang Allah anugerahkan..bukan tak bersyukur tapi kita pandang ringan..selama ni duk pikir rezeki dari segi duit je sedangkan sempurna anggota badan adalah rezeki tak ternilai dari Allah..bila ada kudrat dari tubuh badan yang sihat baru boleh cari rezeki..betul la orang cakap "rezeki dari empat tulang kudrat"..betulkan azni kalau salah ye..bila dah kena macam tu baru rasa susahnya nak bergerak..macam mana la orang yang dilahirkan cacat tanpa anggota tubuh badan yang lengkap..tapi azni respek azam dan semangat mereka membuatkan mereka mampu bersaing dengan orang yang sempurna tubuh badan..anda memang hebat!

Friday, June 13, 2014

Tadi cite hepi, ni cite tak hepi pulak



ada masa kita gembira, ada masa kesusahan menimpa..ewah,sastera sangat ni!ok,kejadian yang berlaku bulan lepas jugak,ziyyad demam..kalau ziyyad demam saya paling risau sebab dia akan batuk teruk dan pernafasan jadi lain macam sikit..bawak g klinik sah kena amik neb..memang dia sinonim dengan neb dari kecik lagi,jadi bila dah besar ni alhamdulillah diam je tak nangis..

minggu lepas abang pulak demam..dugaan..pun kena amik neb jugak sebab batuk dan kahak..tidor malam kena sediakan baldi kecik khas tempat untuk muntah..haha..macam orang2 tua pulak..

alhamdulillah sekarang dah sihat..minggu ni last duduk dengan mama..hari ahad ni papa akan bawak balik sebab cuti sekolah dah abis..sobsob,sedihnya pjj dengan suami dan anak..



Kidz Paradise




mood rajin tetibe datang hari ni setelah sekian lama bertapa di gua batu hehe..nak cite pasal anak-anak je pun..bulan lepas kalau tak silap 2 kali berturut-turut bawak anak2 ke kidz paradise..amboi,banyak duit hang!takde maknanye weh..mula2 pergi memang sebab nak try je apa la yang best sangat kat kidz paradise tu.baca sana sini blogger duk cakap best jadi nak try la bawak budak2 ni..

kita tengok ke tidok..haa,gitu..sekali anak2 takmo balik walaupun 3 jam lebih kat dalam tu,puas pujuk taknak balik..mak bapak dah sangap2 ngantuk tunggu anak main sampai puas.aduh!memang carik pasal la ni..last2 pujuk nak g makan baru dorang nak balik..selamat.

kali kedua pergi sebab my best fren masa u dulu datang sini so taktau nak g mana kitorang bawak dia dan anak2 nya g kids paradise tu..memang hepi la bila 4 orang hero bergabung meletup!haha..

ok,sedikit info kalau nak masuk kidz paradise the mines ye..

* bayaran masuk utk weekdays rm 25 per budak

* weekend,school holiday dan public holiday rm38 per budak..saya pergi hari sabtu anak 2 orang jadi rm38x2..mak bapak tak payah bayar ye..

* wajib pakai stokin nak main dalam tu..kalau nak jimat bawak siap2 stokin dari rumah..stokin boleh jugak dibeli kat dlm tu dengan harga rm6 sepasang..pengalaman saya,ziyyad leka main sampai hilang sebelah stokin haha..puas carik mana sebelah cari tak jumpa,nak taknak kena beli stokin baru..melayang duit mak ko..

* kalau nak jimat korang boleh beli voucher.kali kedua kitorang pergi dengan 4 orang hero jadi kitorang beli voucher je rm150 untuk 8 kali masuk..bagi dua dengan my fren,dia amik 4 saya amik 4..so ni ada lagi 2 voucher extra taktau bila nak pergi..tapi takpe sbb valid utk setahun..

* korang nak duduk dalam tu dari pagi sampai malam pun boleh asalkan jangan tanggalkan tag..boleh nak keluar masuk utk g solat dan toilet,takda masalah..

gambar-gambar budak tengah hepi kat bawah ni ye..termasuk la mak bapak dorang jugak :)


biji-biji yang ala2 pasir ni dipanggil cassia seed..



adik buat apa dik?adik mashak kata ziyyad..





bapak yang tak ketinggalan join sekali..




bang,jom lumba? :P





ni gambar pergi kali kedua..malas nak tepek banyak2 gambar..mak ko memang dasarrr haha..sedikit gambar selingan mandi pool kat hotel bangi-putrajaya..abaikan mak budak yang sedikit berisi ehemm tu ye..

Saturday, March 29, 2014

Thank you mr nuffnang



Lama sangat sy abaikan blog kesayangan sy ni..seriously memang busy sgt sekarang hingga kan blog yang pernah menjadi buah hati sy ni dipinggirkan..memang betul2 busy tak tipu huhu..busy dgn kerja hakiki yg semakin hari semakin menuntut kesabaran..bukan nak mengeluh sekadar nak bagitau reason sy busy..blog bisnes pun kadang2 jer sempat update,tu pun kalau ada produk baru masuk..

Entry ni khas ditujukan buat mr nuffnang,walaupun sy tak update blog ada je be yg tengah running..tak percaya?tengok gmbr kat bwh ni..hehe..btw,ni first time update blog guna phone..tak tau la lepas tekan publish jadi mcm mana nanti..hehe..selamat malam semua knsayangan.


Wednesday, January 8, 2014

Entry pertama di tahun 2014



selamat tahun baru 2014 semua..alahai,bosannya bila baca tajuk tu hehe..alhamdulillah syukur pada hadrat Allah swt kerana masih dipinjamkan nyawa sehingga hari ini..alhamdulillah, perjalanan permulaan tahun 2014 bermula dengan baik walaupun pada awal tahun hari tu ziyyad demam+ ulser teruk..

tapi ini lah dikatakan asam garam kehidupan..takkan nak manis semata-mata kan of cos ada masin masam pahit kelat sebagainya..walaubagaimana pun kita harus pandang ke depan kerana perjalanan masih lagi panjang dan sesekali perlu jugak pandang ke belakang kerana perkara yang di belakang itu lah boleh dijadikan pedoman dan iktibar dalam meniti masa hadapan..

ewah,berkata-kata manis pulak dikau ye?

ok, banyak benda baru berlaku untuk tahun 2014 ni..

pertama, ziyyad sudah sepenuhnya berhenti menyusu badan pada umur 2 tahun 4 bulan..bermula dengan kena ulser teruk dan taknak makan membawak kepada berhenti nenen..syukur Allah permudahkan jalan..sehingga hari ni sudah 8 hari dia tak mintak nenen..tapi susu tepung dugro pun dia dah kurang minum..yang dia suka minum adalah fresh milk sahaja..ayo,kasar belanja nampaknya..hehe..


ziyyad fitri 2 tahun 4 bulan



kedua, si abang dah sekolah tapi sekolah di palong nismilan..tipu la kalau kata saya tak sedih..sebagai mak saya nak merasai sendiri pengalaman pertama hantar dia sekolah..tapi, tak dapek..hubby yang uruskan semua urusan persekolahan dia..baru sekolah kat tadika kemas je pun..emo sangat mak korang ni.. :P
diharapkan abang baik2 saja di sana..mengikut kata papa dia, dia tak nangis pun just nampak macam sedih bila kena tinggal..then,masa amik tengah hari tu dia excited duk cite esok nak g sekolah lagi..syukur la takde drama air mata..

 hari pertama abang sekolah..kemain posing ye..



ketiga,mak makin membesar bagai juara..haha..takleh blah sungguh..tak penting pun point ni tapi tak kira nak tulih jugak..husband bagi idea untuk kurus kena start pregnant balik..sebab lepas beranak berat memang turun kawkaw kan..after that pantau la makan..ewah,senang je kan bagi idea..tak sabar nak anak pompuan lettew.. :)


hitam putih kehidupan.. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...