morning sickness ni perempuan yang mengandung je selalu dapat.bagi kaum bapak-bapak pulak tak ada istilah morning sickness untuk anda.kalau ada tu makna auta semata-mata dan alasan untuk taknak pergi kerja. :)
tapi aku rasa ada jugak sesetengah suami yang dapat morning sickness atau alahan atau sewaktu dengan nya semasa isteri beliau sedang mengandung.si suami pagi- pagi duk uwekk uwekk pastu pening-pening-loya-nak-pitam sedangkan isteri yang mengandung cargas dan sihat walafiat jer.
ada tau situasi camni jangan kata tak ada pulak.sebab ini adalah kejadian benar-benar belaka yang terjadi kepada aku dan suamiku..kira kisah benar la ni yang terjadi kepada diri aku so tak payah la aku buat terjadi kepada A(bukan nama sebenar)..haha.ape aku melalut ni daa?
kenyataan nya,dari 1st pregnancy lagi aku tak pernah rasa apa itu muntah-muntah di waktu pagi,petang dan malam serta alahan-alahan.simptom- simptom ini aku serahkan pada yang pakar iaitu my hubby. ;) tiga bulan pertama aku hanya kurang selera makan sahaja,makan sikit pastu terus tolak pinggan taknak.
hubby ku pulak yang dapat muntah-muntah,pening loya semua tu.aku tukang gelak je.
"sian awak pa,kira adil la tu tuhan bagi dua.takkan semua ma nak tanggung sensorang.awak dapat morning sickness,saya plak carry baby selama 9 bulan.Allah dah buat perancangan elok-elok tu kita terima jela"
alah,tak lama pun alahan tu 3bulan pertama je.dan bukan teruk sangat pun aku tengok,kadang-kadang je hubby muntah.
sama la jugak dengan 2nd pregnancy ni."sila cekalkan hati awak pa."itu la kata-kata semangat dari sang isteri yang merasa bersyukur dia tak mengalami morning sickness..:) awal2 aritu my hubby muntah-muntah jugak,sekarang dah ok lagipun aku dah masuk 3 bulan pregnant.
serius,kadang-kadang aku terfikir jugak kenapa mesti my hubby yang dapat semua tu.kenapa bukan aku yang menglaminya seperti wanita-wanita lain..mungkin ada hikmah di sebaliknya yang kita tak tau.tapi apa2 pun SYUKURRR..... ;))
mangsa kejadian dan hasil kejadian.. :P