Followers

Thursday, September 30, 2010

#Anak oh anak..

Ni cite semalam, mama bagi izzul makan roti sekali abis disepah2kan nye. Walker pon abis kotor sebab kena inti roti tu. Lepas dia dah sepahkan roti tu mama angkut masuk bilik air mandikan dia sekali lagi. Suke je dia dapat main air. Ni la budak comot yang sepahkan makanan tu...
hi aunties...

abis comot mulut

anak anak

#Tukar duit raya

Ni pun entry lapuk gak ni..lantak la orang nak baca ke tak sebab ini blog mama, sukati mama la nak tulis ape pun. Sebelum raya aritu kitorang g CIMB kat bawah ni untuk tukar duit raya.. Sebenarnya kitorang buat senarai untuk satu opis sape2 yang nak tukar duit raya tu. Nak cite banyak pon tak guna jugak, layan jela semua gambar2 ni..


kitorang tukar aritu almost 6K jgk la..

CC Mai, Kak Ila dan Farhana tengah kira duit sebelum dimasukkan ke dalam envelope 

masyukk!masyukk!makcik kayoo!!

#Pap Smear


PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?


PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.

"Saya pernah melaluinya ketika mengandung anak pertama dahulu. Cukuplah sekali. Takut melihatkan alatnya yang besar. Saya pun rasa kurang selesa dan sakit semasa rawatan dijalankan." Akui Lina
"Bayangkan doktor lelaki pula yang buat. Eee....malunya. Lainlah kalau memang tengah sakit, rasa malu bolehlah di tolak ke tepi." Kata Mimi pula.

Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.
"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.

DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA
MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.
Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.
Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.
Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.


KEPENTINGAN PAP SMEAR
Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.
Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.
Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.
Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.
Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.
Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.
Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:
  • Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
  • Mereka yang kerap bertukar pasangan.
  • Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.
BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?
Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.
Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.
Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.
Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.
Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.
Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.
Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:


  • Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.


NONA, JUN 1998, M/S 32-33

#Kenduri lagi..

Arini rajin plak mama buat banyak entry.. Hehe.. Ni plak gambar masa menyambut menantu kat umah Shahrul plak. Sila jangan muntah yer sebab banyak sangat gambar untuk entry pagi ni.. :))
sebelum pergi haruslah bergambar dgn org2 kampung..hehe..

i like this picca coz izzul senyum camtu..cute jer tgk..

same to this..:P

guna pajero ayah sbb dpt bawak ramai org..

izzul duk usha makanan papa dia..nampak cam shedap je ni kate izzul..

dgn pakcik shahrul

muke budak kena gigit ngn nyamuk..

intan zulaikha dan izzah najwa..

#Kak Cik dah kahwin

Ini adalah entry basi tapi mama nak cite jugak. Kakcik adalah kakak nombor 2 papa. Dan pada bulan 7 aritu telah berkahwin,nama suaminya adalah Shahrul. Dengan rasmi nya si Shahrul ni menjadi pakcik bila kahwin ngan kakcik..Ishh, panjang2 lak mama cite. Layan gambar jela wahai kamu2 semua..Hehe..

cakk!!sebelum tu tengok dulu gambar anak teruna mama ni..:p



Raja Sehari jer..

Dengan para pengapit..

Anak2 buah belah suamiku..

Kaktih, Kak Wan(birasku), mama vogue..:P

Bersama tulang belakang majlis ni..hehe..

feeling omputih jap kakcik tu..:)

Pengantin baru VS Pengantin lama..

Ammar,ikhwan,kak wan,sara dan mama..kat belakang sekali tu angah..

izzul pandang ape tu?

full set keluarga pak deris..lengkap nih!

#Nostalgia...

Tadi mama belek- belek gambar2 lama, sekali jumpa la gambar ni. Gambar masa mama pregnant kan izzul. Kalo tak silap mama, gambar ni diambil 2 hari sebelum mama melahirkan izzul. Masa ni mama dengan papa pegi kenduri kahwin kawan papa. Mama tukang bawak buah. Hehehe.. Layan jela...

sila abaikan pemandangan di belakang tu yer...

Walau pon gemuk tp still vouge gitu...:)

mama rasa masa ni mama gemuk sangat2.. :p

sama2 gemuk tang perut tu..jgn marah ye bang.. :D

Wednesday, September 29, 2010

#Internet oh Internet

Baru jer ade semangat nak update blog tapi...ade tapi pulak,line internet lembap sangat2..nak letak gambar raya pun dah tak ade mood..haishh...

Thursday, September 23, 2010

#Happy shopping

hello mummies...
kenapa saya tulis macam tu? sebab hari ini semua kakitangan kerajaan dapat gaji...selamat membeli belah kepada semua ibu2...saya pun nak g terjah alamanda kejap lagi ni..

till then...bye...

Monday, September 20, 2010

#My baby boy milestone

izzul dah pandai cakap amma appa...pagi2 kalo si kecik tu nak kejutkan kitorang selalu dia panggil amma appa..bunyi cam pelat sket but i still love it :) ...masih lagi tak boleh b'jalan,hanya berpegang2 jer lagi...lasak yang amatt..kitorang g open house kawan2 dia asyik tumpahkan air jer,dah xnak dipegang2 lg bajet dah besar sangat la tu boleh berdikari..kikiki...tu jer...yang lain will update later yer...banyak keje maa...till then....

#Salam Aidilfitri

Fuhhh,bersawang blog kesayanganku ni...akhir-akhir ni penyakit malas asyik melanda je...mama nak ucapakan selamat hari raye kpd semua umat islam..hehe..entry raye yang sungguh lambat untuk di postkan..raye ke sebelas baru buat entry raye..ape daa azni ni..gambar raye???tungguuu.........

Friday, September 3, 2010

#Kerja

Alhamdulillah...hari nie aku dah start kerja balik setelah mc 3hari gara2 demam+batuk+selsema...masih lagi pening2 tapi kugagahkan jua(cey,ayat xtahan tu)...masa gi jumpa doktor aritu doktor tanya kot2 aku demam sebab mengandung..hehe..tekaan anda tak tepat tuan doktor...jap lagi balik tengok izzul..dia pun masih lagi batuk2 walaupun tak seteruk minggu lepas..makin kurus anak kesayanganku tu,yelah mase demam aritu 4/5hari jugak la dia tak nak makan,susu pun tak nak minum sangat..camne la tak susut badan tu..ape2 pun aku b'syukur sebab izzul dah ok sekarang nie,dah ada selera makan...jangan lepas ni papa izzul yang demam plak dah la..haru biru mama kalau papa demam..sape nak drive balik kampung nanti? :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...