Followers

Tuesday, July 16, 2013

Saya dah raya!




lihat lah aksi dan gelagat ziyyad ni..seingat saya abang dia dulu umur 2 tahun lebih baru pandai kayuh beskal ni..tu abangnya..adiknya pulak setahun 9 bulan dah terer kayuh,siap konar baring lagi..tapi sayangnya kaki pendek takleh nak kayuh abis,kayuh separuh jer..haha..

lepas amik dia dari rumah angah ini la keje dia..ke hulu ke hilir dengan beskal pink dia..oh tajuk dah raya kan?ni haa,malam minggu aritu try pakaikan baju raya tahun lepas..eh muat lagi rupanye..maka secara rasmi inilah baju melayu untuk raya tahun ni..

sebab tau sangat dah,pakai sekali masa pagi raya tu jer..pastu tak pakai lagi dah..terlipat elok wat penuh almari jer..tunggu abang izzul balik nanti nak test baju dia pulak..kalau muat memang confirm jadi la recycle baju tahun lepas..memang betul-betul berjimat mak dia tahun ni..

tema raya tahun ni rasanya caca merba.. :)





6 comments:

faraherda.razalan said... [Reply this comment]

9 bulan dah pandi men beskal? Aunty dengar pun dah bulat mata. Wahh! Pandailah awak ni ziyyad. Heheheh!

Puan Kutu said... [Reply this comment]

klu msih muat baguslah tak payah beli baju melayu baru.tinggal carikan t-shirt n seluar je.macam anak sy aiman memang biasanya tiap tahu bertukar,chubby katakan..:)

Azura Aziz said... [Reply this comment]

salam perkenalan... tq sudi komen di blog Alycia.. alahai, comeynya ziyad ;)

kesoma rai said... [Reply this comment]

caya lah ziyyad..early exposure penting kan untuk diorang belajar.. aqil sampai sudah fail mengayuh sbb kami jarang train dia..haha..

Nad MamaZN said... [Reply this comment]

Sedap nama ziyyad
Ada kawan tu anaknya nama zyad :)
Janki dpt berjimat
Baju melayu pakai pg raya jek pastu ptg sure tuko baju lain

Izan Ishak said... [Reply this comment]

bagus sgt kalau baju thn lepas masih muat. mmg jimatlah duit emak kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...