Followers

Wednesday, August 1, 2012

Solat Terawih

assalamualaikum....

saya tengah setelkan keje-keje sebelum bercuti..kata nak balik kampung hujung minggu ni kan..eheh..dah ramadhan ke 12 hari ni..sekejap je kan..dan dah 12 hari jugak la saya pose dan sahur tanpa suami..orang lain best je boleh masak macam-macam utk suami atau ke bazar ramadhan bersama suami,saya lak masak ala kadar  je kes nak isi tekak sendiri kan..takpe la,takmo emo-emo..

esok lusa dah happy sebab boleh jumpa hubby dan balik kampung..insyaallah boleh la saya solat terawih tahun ni..bila dihitungkan dah lama saya tak solat terawih..dari tahun 2006 kot..giler lama tu!

meh nak ingat balik..dari tahun 2006-2008 saya keje swasta kat hotel..keje shif dan cuti tunggang langgang..orang cuti saya keje,orang keje saya cuti..sepanjang keje tu saya tak penah dapat cuti raya pon..3 tahun tak raya tau..raya kat kl jer..sobs sobs..pastu tahun 2009 saya kahwin terus bunting pelamin dan dapat keje gomen..dapat la cuti raya..hehe..tetap jugak tak terawih sebab tengah sarat preggie masa tu..

tahun 2010 izzul dah dekat setahun..tak terawih gak dengan alasan jaga anak kecik..huhu..tahun 2011 pon tak terawih sebab terkena buatan orang hehe tengah sarat ngandungkan ziyyad pulok..tahun ni kena la buat,rindu sangat2 nak solat terawih..kenapa saya tak buat sendiri kat rumah?saya pjj dengan suami..nak solat yang wajib pun berperang dengan anak-anak inikan pulak yang sunat..saya tau ada yang kata ni semua alasan..tapi ada saya kesahh?yang penting tuhan tau niat saya...

tapi insyaallah ramadhan tahun ni saya cuba dekatkan diri dengan Allah dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat di samping yang wajib juga..

apa-apa pon memang tengah merindui surau lama di kampung saya..di situ la tempat saya membesar,mengaji dan belajar ilmu agama..rindukan suasana di kampung yang tidak ada di bandar ini....T_T

8 comments:

Huda said... [Reply this comment]

huda thn ni husband x ajak g terawikh sbb dia risau anak2 x selesa..so terawikh kat umah je..:)

Rai said... [Reply this comment]

saya teringin jugak nak terawikh kat surau..tapi surau kat sini kurang mesra budak kecik..husband penah bawak aqil last year.diorang tak bagi bawak dah..suruh bawak balik.. mengganggu jemaah katanya.. :(

eB said... [Reply this comment]

eB pahammmmmmmmmmmmm sgt. hu3

qasehraihan said... [Reply this comment]

dah lama tak dapat g terawih..huhu

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/duit-raya-duit-raya-duit-raya.html

Saleha said... [Reply this comment]

sayapun dah lama tak buat solat teraweh
sejak kawen dn ada anak, anak kecik maklum ajelah
bawak gi masjid lari lintang pukang buat bising mengganggu org masjid plak

tp kalau nak buat sendiri kat rumah mcm payahje

Saleha said... [Reply this comment]

salam kenal dan sy follow sini :0

wan nurul hezrina said... [Reply this comment]

aku tarawikh bila anak2 tido..tulah kitaniekn mcm2 dugaan

aanie said... [Reply this comment]

azni, mcm nak nangis je baca perenggan pertama tu....kita serupa....buka pose n sahur tanpa suami....huhu..

tarawikh pun sama.....huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...