Followers

Tuesday, April 3, 2012

Kurma dan kismis untuk ziyyad

nak cite pasal solid food ziyyad pulak kali ni..since umo dia 6 bulan ritu saya bagi puree dan ada la dua tiga kali saya bagi bubur nasi..setakat ini saya telah buat puree epal,pear,kentang dan brokoli campur kan ebm sikit kacau pastu suap kat ziyyad..ada yang dia suka dan ada yang dia tak suka..heehee..

esok dia dah masuk 7bulan jadi saya memang fokus untuk bagi bubur nasi pulak..puree pulak sebagai perisa tambahan dalam bubur nasi dia..minggu lepas saya dah basuh beras bersih-bersih,sangai (goreng tanpa minyak),blend halus pastu simpan dalam bekas kedap udara supaya tak berkulat..

jadi pasni rutin harian pagi-pagi adalah masak bubur..amik satu atau dua sudu beras yang diblender campur air banyak sikit pastu masak la..dalam 10-15 minit dah siap..oh ya!puree tu malam sebelum tu dah dicungkil dari ice cube pastu letak dalam bekas kecik-kecik kat peti bawah untuk thaw kan dia..takde la keras kejung bila nak anta ke rumah babysitter..

jadi bila nak anta ke rumah angah saya just tuangkan bubur nasi ke dalam bekas kecik yang dah diisi dengan puree tu..kacau sikit pastu tutup bekas tu..then anta la ke rumah angah..dekat-dekat masa makan nanti angah akan panaskan la bubur+puree tu guna warmer dan boleh la suap kat ziyyad..

senang bukan?ke lain cara saya ni?takpe,lain orang lain cara dia kan?apa-apa pun setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka..dan tentulah datang dari hasil tangan mereka sendiri..tak gitu puan-puan?

 kurma

kismis

kurma dan kismis untuk dicuba untuk next resepi..harap-harap ziyyad akan menggemarinya..lagipun terlalu banyak kebaikan kurma dan kismis ni..makanan nabi kan..dan paling penting saya pun suka jugak makan kurma sebagai milk booster...jangan abis kat mak sudah ler..hehe.. ;)

2 comments:

bada said... [Reply this comment]

bby kita lahir sama bulan la :)

Izan Ishak said... [Reply this comment]

baguslah azni ni... cara yg sama bila izan baca kat blog cha@hijaucantik utk bby adli...

betul3... kurma n kismis bagus utk anak2 kan. mesti kalau dah biasa makan dari kecik sampai besar dia suka ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...