Followers

Tuesday, March 12, 2013

Ziyyad dan Cradle Cap v2



ok,nak cite pasal cradle cap ziyyad lagi..hari ahad minggu lepas pergi asrama budak2 sony sebab ada customer tengok emas..baru duduk kejap saya dah perasan ziyyad duk tergaru-garu leher dan belakang telinga..dah jadi makin merah ruam kat leher tu..nampak sangat dia tak selesa..mungkin jugak persekitaran yang agak berhabuk menyebabkan ruam dia jadi semakin gatal..

dan customer syorkan saya bawak ziyyad ke klinik premier,katenya klinik tu bagus sebab memang pakar masalah kulit..dia selalu bawak anak dia kat situ..nasib la maksu tau jalan nak ke sana..sampai sana dah 12.20 tengah hari..lepas register kejap,tengok pekerja kat situ tutup pintu sebab dorang nak rehat pukul 12.30-2.00 petang..pheww!mujur sempat..kalau tak jenuh nak nunggu bukak balik pukul 2 petang..

bila nama dipanggil,masuk la jumpa dokter Kanny atau dokter kanta sebab dia check ziyyad guna kanta jer..hihi..mengikut kata dokter kulit ziyyad terlalu kering dan ada eczema sikit..dia suruh tukarkan mandian ziyyad kepada johnson's ph 5.5..terpaksa la tukar walaupun sekarang ziyyad pakai mandian johnson milk bath tu..

                                                   
sebelum

                                                           
selepas
dua-dua gambar google

tapi johnson's ph 5.5 tu saya amik yang with moisturizer,bukan with almond oil macam dalam gambar tu..dokter bagi 4 jenis ubat..2 untuk makan iaitu ubat alergik dan tahan gatal..1 ubat  untuk sapu kat belakang telinga dan pelipat leher..dan 1 lagi macam shampoo,10 minit sebelum mandi sapu kat cradle cap tu..nanti mandi bilas la..

tapi ubat makan sampai hari ni tak bagi makan lagi..kes nya anak susah yang ammat nak makan ubat..asal nampak mak pegang botol ubat lari jauh2 dia sambil jerit aanakkk!apa pun tak boleh la camni..bila pakai shampoo dokter bagi,yang kat kepala tu nampak makin kurang..

insyaallah nanti saya akan kongsikan gambar ziyyad selepas guna ubat dokter bagi.tu minggu depan..sebab hari ni baru masuk hari ketiga..nak amik gambar pun still tak nampak perubahan sangat..

 ni masa nak balik dari klinik tu..kerak macam salji..hehe..

total semua 75 hinggit..berbaloi la kot dengan ubat yang dokter bagi..
ni gambar klinik tu..

kan dia dah tutup pintu sebab waktu rehat..buka setiap hari..

alamat dia
no 10,jalan kajang mewah 3
taman kajang mewah
sungai chua
43000 selangor
03-87372782




Thursday, March 7, 2013

Medela swing untuk dijual





ada sahabat saya mintak tolong untuk iklankan pasal medela swing ni..dia nak let go rm 610 termasuk kos pos dari jerman..ye puan2 tak silap baca..dari jerman..dia orang malaysia tapi menetap di jerman sebab kahwin dengan orang sana..

masih baru sangat sebab baru 4 kali guna..still ada warranty..reason nak jual sebab dia bertukar ke medela Symphony (hospital grade breastpump)..swing ni beli di jerman tapi ada international warranty..yang penting dia kata ada free gift sekali..

medela swing complete set ada :
Calma teat (tak pernah guna,so masih baru lagi)
Pump unit
1 bottle
Bottle stand
Power cord / adaptor
Shoulder / neck strap
Tubing
Valve and membrane
Drawstring bag

sesape yang berminat boleh terus contact dengan hasinah
hasinah_md@yahoo.com
atau fb beliau Hasinah Beeck


UPDATE

SOLD


Ziyyad dan Cradle Cap


Semasa lahir kulit kepala ziyyad bersih dan cantik jer..lepas tu masa umur 7 bulan saya perasan kepala dia ada kerak berkuping-kuping..masa tu sikit jer..so just letak baby oil dan gosok perlahan sampai kuping tu hilang..perkara ni berlaku on off..sampai umur dia 11 bulan dah hilang langsung cradle cap..

tapi umur cecah setahun 2 bulan datang balik cradle cap ni sampai la sekarang..ingatkan dah sembuh sepenuhnya..huhu..so setiap hari memang kena sental kepala dia bagi bersih..tapi 2 kemudian dia akan berkerak balik..

benda ni tak sakit kot cuma gatal la sket,sebab kadang-kadang tengok dia tergaru sampai berdarah..kepala pun bau hanyir je sebab ada air bisa dia.. :(

pada yang taktau ni ada info sket pasal cradle cap..

Apakah Cradle Cap atau "Tahi Sawan" tu?

Cradle Cap dalam istilah perubatan dipanggil Seborrheic Dermatitis adalah sejenis penyakit kulit yang biasa menyerang kebanyakan bayi yang baru lahir.ianya seperti sisik-sisik putih kadang kala kekuningan dan berkuping.sering terjadi di tempat kulit yang berminyak seperti di kulit kepala,belakang telinga dan kadang2 di kening..

Ia terjadi disebabkan kalenjar Seborrheic iaitu (oil producing glands) yang terlebih stimulate dan mengeluarkan greasy substance yang menyebabkan sel kulit mati melekat dan menjadi kering di atas kulit kepala..

Sering terjadi di kalangan bayi usia 6 bulan pertama dan boleh juga dihidapi sehingga beberapa tahun usianya..

Bagaimana ianya boleh dirawat?

Kebanyakan mencadangkan bahagian kepala sering disapu dengan minyak baby (baby oil) atau minyak zaitun (olive oil)..tujuan nya untuk melembutkan sisik-sisik kulit mati tersebut dan mudah tertanggal apabila disikat dengan lembut..

ni gambar google

ni gambar tuan punye sebenar..hehe..

lepas mandi cradle cap ni senang nak tanggal..just gosok perlahan pakai towel..tu jadi merah camtu..
budak ngada2 nak naik walker padahal dah boleh berlari pun..

macam bersih cuma merah2 sikit..ni gambar malam tadi..pagi ni tengok berkerak macam kelemumur balik..

camna nak buat supaya cradle cap ni hilang ye?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...