Followers

Wednesday, October 12, 2011

# My second bundle of joy...

assalamualaikum...sudah agak lama saya tidak bersiaran di arena blog ni..sampai dah naik sawang rupenye blog ni..ehh,kekok pulak nak menulis dan bercerita..nak guna kata ganti nama saya ke aku ek?anak dah dua ni rasa nak guna saya pulak..lagi sedap dan sopan..hehe..mode:ngade-ngade.. :)

arini nak tayang baby boy baru saya iaitu muhammad ziyyad fitri yang telah selamat dilahirkan pada 3/9/2011 jam 0017 seberat 3.36kg..kisah kelahiran nya akan saya buat di entry lain..sekarang ni nak tunjuk gambar untuk tatapan kawan-kawan blogger saya...sekeping jelah dulu..internet slow sangat..nak upload gambar sekeping pun jenuh menunggu...

Tuesday, August 23, 2011

# Pening lalat..

malam tadi berjaya jugak buat biskut mazola..ni biskut kedua selepas cornflakes madu yang aku buat 2 minggu lepas..tapi sebab tak berapa pandai sangat setting oven tu,ada sikit yang terlebih masak atau erti kata lain hanguss..nanges..

nasib ada housemate yang tolong bulat-bulatkan kuih tu,nak tekap malas dan leceh maka kita bulat-bulatkan jela..hehe..dekat pukul satu jugak la aku tido malam tadi gara-gara buat biskut ni..so pagi ni ngantuk jer kat opis..

malam ni projek buat biskut apa pulak ek?housemate aku dah balik kampung malam ni so kalau rasa nak buat biskut perlukan keazaman dan kerajinan yang tinggi,sebab buat sorang-sorang kan pastu ada pulak budak boboi boy yang suka kacau tu..kena pikir dalam-dalam gitu sebelum buat keputusan..haha..

kang kalau tak buat membazir pulak bahan-bahan yang aku dah beli tu..dengan buttercup berketul-ketul dalam peti ais,beli masa k4 buat promosi murah-murah hari tu..

oh ya!pagi ni sepatutnya aku ada check up kat kk presint 3 tapi macam malas nak pergi pulak..kalau pergi esok pastu mintak mc terus agak-agak boleh tak?haha..ni gara-gara takde mood nak keje,lagipun esok last day aku keje..oh,lemau nya rasa..

Monday, August 22, 2011

# Kuih raya feveret..

tahun ni aku tak gile sakan memborong biskut raya macam tahun lepas..haha..beli 4 jenis je dengan kawan-kawan kat opis..kerepek kari yang aku bajet nak makan masa raya dah tinggal separuh,dah jadi kerepek berbuka kekdahnya..hehe..

aku kan beraya kat kampung dan cuti bersalin maka yang aku beli tu sekadar nak topup kuih raya mak je..kalau beraya kat putrajaya sekurang-kurangnya kena la ada kuih raya untuk jamu kawan-kawan yang bertandang..lagipun hubby kurang makan kuih raya..dia lebih suka makan nasi atau makanan yang berat-berat..patut la tak kurus-kurus...

ni antara kuih raya feveret aku..gambar-gambar adalah ihsan dari pakcik google..

almond london

tat nenas

apa feveret kuih raya korang?ce cite ce cite.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...