Followers

Friday, July 29, 2011

# Kepulangan yang dinanti...

wah,tajuk tak menahan..sape kah insan yang dinantikan itu?of cos la my beloved hubby...hehe..

insyaallah kalau takde aral melintang sampai la dia malam ni kat rumah kami..banyak barang yang aku kirim ni..durian,oven (mood nak buat kuih raya berkobar-kobar,jangan sekerat jalan dah la)..larat ke mak buyung nak buat kuih raya ni?pertanyaan untuk diri sendiri.. :)

pastu ada satu benda yang aku mengidam..mengidam ke mengada-ngada ni?ce teka ce teka apa dia?air masak pakai dapur kayu api,masak pakai dapur gas takmo okeh..demand gitu!pelik tapi benar..semalam dah bagitau hubby,dia kata nanti dia masak air tu pastu bawak balik malam ni..

aku kan orang kampung,kecik-kecik dulu biasa la minum air dapur kayu ni..dia punya rasa tu sedap sebab ada rasa asap-asap sikit..haha,gitu la kekdahnya..tekak orang lain aku taktau la tapi bagi tekak aku memang sedap air masak tu..wah,tak sabarnya tunggu hubby balik semata-mata nak minum air tu.. :)

hubby cakap mak nak buat rendang ayam hari ni pun akan dibawa balik malam karang..rendang mak adalah terbaekk!sedap...ni kira edisi last makan-makan sebelum ramadhan menjelma nanti..

semalam sempat terjah carrefour alamanda semata-mata nak beli buttercup murah,rm2.79 saje..tak ke murah tu?walaupun murah aku beli 4 ketul jer..takut mood nak buat kuih raya ke laut nanti,kang membazir pulak kalau beli banyak-banyak..

Thursday, July 28, 2011

# Setahun dan lapan bulan..

itu adalah umur izzul..sebenarnya dah nak masuk 1tahun 9bulan pada 2/8 ni..mak nya malas sangat nak tulis perkembangan si anak sampaikan hampir terlupa umur anak sendiri..*sedih*

okeh,back to the topic..mari kita tengok apa yang si kecik tu dah pandai buat pada umur ini..

1) dah pandai cakap walaupun masih lagi pelat,actually dah pandai gabungkan 2 perkataan..cthnya,nak tutu,nak lowi (lori)..dulu dia sebut direct "tutu" "lowi",takde perkataan "nak" tu..ada peningkatan la kat situ.. ;) antara perkataan-perkataan lain yang selalu dia sebut adalah ubat(vitamin),car,andi(mandi),yak(berak),acik(nasi),imot(remote tv),pin pin(upin ipin),ikut(biskut),atuk,papa,mama..ada banyak lagi vocab yang dia boleh sebut tapi aku tak ingat dah.. :)

2) dah boleh berdikari..maksud aku kat sini dia boleh main sorang-sorang while aku tengah masak,semayang,mandi etc..janji kena pasang cd boboi boy atau nursery rhymes dan terangkan kat dia.."izzul main sini ye,mama nak mandi,ok?"takde la macam kecik dulu asik mengekor je aku kat mana-mana pastu melalak je..asal aku basuh pinggan ke tgh buat keje kat dapur mula jeles pastu nangis..

3) suka tengok cite boboi boy,upin ipin dan nursery ryhmes..kalau nak umpan dia selalu aku bukak je cd2 ini pastu dia akan tengok sambil baring sampai terlelap..senang mak dia buat keje..tapi kadang-kadang tensen gak,siang malam suruh pasang boboi boy..

4) suka baca buku..bukan baca pun,tengok gambar je,lebih-lebih lagi kalau gambar binatang..malam-malam sebelum tido aku baca novel dia pulak duk tengok buku dia..tutup lampu pun dia masih duk auumm aumm(bunyi harimau) dalam gelap..semoga sampai besar kamu suka baca buku ye izzul,mama doakan..

5) suka main air lebih2 lagi air shower tu.mengekek2 suka pastu mula la taknak keluar dari bilik air..dah nak tido ni tiba-tiba selak-selak baju dia pastu cakap "nak andi,nak andi"..pukul berapa kamu nak mandi ni anak oi..

6) dah boleh beza antara motor,car,lori dan bas..kalau dalam kete jenuh nak layan dia duk tunjuk-tunjuk kenderaan tu semua..

7) takleh nampak mainan yang kena taruk syiling pastu dia akan gerak-gerak tu..aku taktau nama,nak explain pun tak reti..kat alamanda banyak mainan tu..haa,kalau dia nampak memang kena letak la dia kat atas mainan tu..letak saja tak jadi..jap lagi dia akan tunjuk kat tempat masuk duit sambil sebut "wit..wit.."..terer tak?dia dah tau kene masuk duit baru mainan tu akan bergerak.. :)

8) kuat minum susu sekarang ni tapi makan kurang nasi..feveret makanan adalah kuey tiaw goreng,mee goreng,bihun goreng dan jugak jenis sup-sup..kalau makan nasi tu dia akan pilih makan lauk je,nasi tak makan..

9) kat umah pengasuh ibu cakap dia suka main dengan sorang baby ni,kadang-kadang berebut mainan tapi dia tak rampas balik pun mainan dari baby tu..alih-alih dia yang nangis mintak mainan dgn ibu..bagus la kalau kamu reti mengalah,tak lama lagi dah ada adik kena la tolak ansur dengan adik..

10) lebih manja dan mendengar kata bapaknya berbanding aku..kalau dengan aku kena jerit berkali-kali tapi kalau dengan bapak dia sekali je kena marah terus muka macam nak nangis dah..mungkin sebab hari-hari dia berkepit dengan aku jadi tak heran la dengan jeritan aku tu..haha..pastu kadang-kadang dia sebut jugak "papa..papa" selalunya sebelum tido malam..aku jawab "papa work" terus dia tak tanya lagi dah..sedih jugak..


boboi boy cekci... :)


# Check up kali ke berapa ntah...

selasa aritu aku g check up kat kk..mcm biasa semua ok kecuali hb yang makin turun..kali ni mendadak turun kepada 9.3 sampai kan misi pun terkejut tengok bacaan kat mesin tu..tapi aku ngaku aku memang jarang-jarang makan ubat yang misi bagi tu..asik la terlupa jer..hehe..

so dalam masa 2 minggu ni aku akan cuba disiplin untuk makan ubat setiap hari..nanti masa check up 2 minggu lagi takde la misi terkejut lagi sekali..haha..

semalam adalah hari mabuk bagi aku..aku taktau salah makan ke apa tapi 2 kali aku muntah pastu pening-pening..kejadian berlaku selepas aku brekfes..lepas brekfes je rasa macam angin tolak-tolak makanan dari dalam perut *gigihnya aku explain*..nasib aku sempat berlari ke toilet,semua makanan yang aku makan keluar,ikut mulut dan hidung sekali..seksa weh!

2 jam kemudian muntah lagi sekali,kali ni tak seteruk yang kali pertama lagipun dalam perut memang dah takde makanan,keluar air jer..pedih tekak..ni la kali pertama aku muntah sepanjang mengandung..orang lain awal-awal muntah,aku nak masuk 9 bulan baru merasa muntah camni..tu pun dah azab bagi aku..takleh bayangkan pompuan-pompuan yang alami morning sickness selama berbulan-bulan tu camna..kesian dorang kan..

dah tak tahan dengan pening kepala lagi aku pergi tidur kat bilik solat..alhamdulillah,lepas sejam semua ok..pening dan muntah dah hilang..syukur..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...