Followers

Thursday, March 31, 2011

# Fresh from bandung..

opismate aku baru balik dari bercuti kat bandung minggu lepas..so dia bawak balik la sedikit cenderahati (ke mata ek?) untuk kami-kami kat opis ni.


beg untuk isi kain semayang,pen berukir nama kawan tu and yang paling aku suka adalah 6 ketul fridge magnet yang comel2 dari bandung..ada peluang nak buat contest lagi ni.hehe...

tapi contest apa nak buat ek?frens,any suggestion?

# Hadiah semasa bercinta

"pesanan puan blog : entry ini agak menunjuk-nunjuk lebih dari biasa..sekiranya meluat,sila la klik tanda X kat sebelah kanan anda yer"

dulu-dulu masa bercinta selalu je dapat hadiah dari boifren (hubby sekarang)..kejap hadiah besday,kejap hadiah anniversary.tak lama kemudian dapat lagi hadiah.tu kisah dulu-dulu la.sekarang takde makna nya bagi hadiah-hadiah ni.hadiah aku bagi kat hubby pulak bagi anak tiap2 tahun,boleh?.huhu..;)

tapi hubby aku tebiat dia macam pelik sikit kot.suka bagi emas.dia kata nampak cantik je kalau perempuan pakai emas.(tang ni aku paling suka).masa belum kahwin dulu sanggup ot semata-mata nak beli gelang emas untuk aku.caya lah bang!

kadang-kadang ada jugak dia bagi baju,perfume,bunga tapi of cos la aku sebagai girlfren mata duitan lebih menghargai emas.yakin je dia bagi kat aku.nasib jadi dia kahwin dengan aku,kalau tak pelaburan tu sesia jeww..:)

ini antara pemberian-pemberian dia yang aku sayang..

 cincin hadiah besday..yang kiri besday umur 22 tahun,yang tengah besday umur 23 tahun..


pakej besday umur 24tahun dan anniversary couple (yang ke berapa tah,tak ingat daa)..

tu je,taknak la tunjuk lebih-lebih kang cakap aku over nak nunjuk-nunjuk pulak.ni semua yang dia bagi sebelum kahwin.selepas kahwin lagi banyak dia kasik (hadiah paling terkesan hubby bagi adalah si kecik tu la,anugerah paling tak ternilai).

ini harta aku paling bernilai...

# Ada aku peduli?

ni saya dapat dari emel,just nak share..renung2kan lah ye..


Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli
jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli
berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika
isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika
isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...