Followers

Friday, April 10, 2015

Kadang-kadang urusan check up ni boleh buat sakit hati jugak



wah,tajuk kemain panjang..alkisahnya semalam ada check up kat klinik kesihatan..sebelum ni check up kat klinik presint 3, tapi start bulan lepas dah pindah ke klinik presint 18 pulak..temujanji pukul 9.30 pagi tapi pukul 8.30 pagi dah gerak dari rumah..

pukul 9 dah sampai klinik campur tersesat2 lagi cari klinik baru yang taktau kat mana tu..dah sampai ok la kan,amik no giliran then daftar macam biasa..lepas tu pegi klinik ibu dan anak..mak aii saya tengok ramainye orang kat ruang menunggu tu baik yang check up mengandung dan check up baby..tapi bersangka baik..klinik baru mungkin sistem baru mungkin lebih cepat..banyak mungkin gituu...

then letak buku pink kat tempat yg disediakan,kemudian misi panggil nama suruh pegi makmal untuk kencing..ok pegi makmal pulak..amik no sekali lagi..tunggu misi panggil no kejap je kat sini..misi bagi container yg dah siap label nama dan suruh g kencing..bila masuk toilet tergerak hati nak baca nama kat label container eh tengok nama salah,bukan nama saya kat label tu..keluar balik dan tanya misi,suasana jadi kelam kabut..misi tu silap bagi container rupenye..pastu baru dia bagi container yang betul..siap dia cakap la mujur puan tengok nama kat container ni..

dah setel urusan kat makmal,pegi balik kat klinik ibu dan anak utk dipanggil masuk ke bilik rawatan..kat sini la yang menunggu lama,dah tak larat duduk dah sampai kematu bontot tak jugak dipanggil nama..rasanya dulu masa check up kat presint 3 takda la kena tunggu selama ni..kat sana dulu kalau pegi pukul 8 pg pukul 10.30 atau 11 dah siap semua dah..ni alahai...

yang mana datang untuk check up anak kebanyakan saya tengok anak2 menangis dan meragam..yelah,tiga empat jam tunggu of cos la budak tu kebosanan..dah terbayang2 bawak check up anak nanti macam mana..

pukul 12.30 tgh hari baru nombor dipanggil dan jumpa misi..semua ok, cuma kena minum air gula isnin depan..kata misi ini prosedur terbaru kandungan 28 minggu kena minum air gula walaupun takda sejarah kencing manis..huhu..then misi cakap kena jumpa doktor jap lagi utk repeat scan..ok la..bila q nama kat doktor,doktor inform patient dia ramai so kena datang balik pukul 2 petang..of cos saya refuse..tak koser aihh nak datang balik dah la tunggu lama..kang datang petang nanti of cos berjaman pulak kena tunggu..baik tak payah,ingat orang takde keje ke..saya bagitau misi, scan hari isnin ni jela masa minum air gula..mujur misi ok je..pastu balik opis..

pada pendapat saya,perkhidmatan jadi lambat mungkin sebab klinik ni baru bukak jadi banyak lagi kekurangan..macam semalam misi ada bagitau mesin apa ntah takda lagi..so ini antara punca2 jadi lambat..

kalau ada yang tanya dah tau klinik gomen tunggu lama,nape tak g swasta je?sayang duit lettew..ok,saya adalah pekerja gomen of cos saya nak guna segala kelebihan yang diberikan oleh gomen..buat apa nak bayar mahal2 sedangkan ada yang free,of cos sayang duit jugak!



Thursday, February 12, 2015

Potty train Ziyyad



hari minggu yang lepas cuba potty train ziyyad pada waktu malam. siang hari dia memang dah tak pakai diapers walaupun ketika keluar jalan2. alasan dia vontot gatal jadi taknak pakai diapers dah. tu alasan dia kalau siang hari la. jadi mama dia nak try untuk waktu malam pulak. 

sebelum tido lepas dia minum susu suruh dia g kencing dulu. jenis ziyyad ni dia hanya akan minum susu sebelum tido je pastu memang takkan bangun mintak susu lagi dah. berkali2 mama pesan nak kencing kalu bangun kencing dalam bilik air. ok kata dia. kite tengok kite tengok haha..

malam pertama - ok, tak terkencing atas tilam..mak dah lega hati berbunga. bangun pagi2 baru dia g kencing kat bilik air.

malam kedua - ok, tak kencing jugak alhamdulillah. mak duk congak jimat dah duit diapers pasni. boleh spend kat adik baby jela.

malam ketiga - impian mak lebur, terkencing atas tilam. jenuh pagi tu mak nak basuh cadar selimut segala. bila tanya dia sampai sudah tak ngaku kencing atas tilam..comel la awak ni ziyyad..

malam keempat - dia request nak pakai diapers so mak pakai kan jela. konfiden mak pun dah drop dari 100 ke 10 persen je huhu..

malam kelima - pun pakai diapers jugak..

eh, kita try next time la pulak..tunggu mama belikan awak waterproof bedsheet protector dulu ok. nampak gaya mak nya yang cepat give up ni!


gambar google

Wednesday, February 11, 2015

19 minggu


Semalam ada monthly check up kat klinik presint 3, so far semua ok kecuali hb makin turun haha..bulan lepas hb 12.5 semalam 11.8, kena bebel dengan misi..what to do, sengeh macam kerang busuk jela..yelah salah sendiri jarang2 makan ubat dan vitamin..berat badan pulak dari start mengandung sampai 19 minggu baru naik 1 kg,kagum tak?awal2 dulu takda selera makan eh sampai sekarang la kurang selera makan..dari sejak mula2 ngandung alahan muntah2 takda tapi selera makan takda..tu pasal 19 minggu baru naik 1 kg..awal2 dulu berat asyik turun je..ingatkan lepas 3 bulan selera makan makin ok rupanya nan ado,tengok makanan macam takda perasaan je..parah sungguh!

semalam scan pun doktor cakap jantina tak nampak lagi sebab baby kecik lagi..insyaallah minggu ke 22 nanti nak buat detail scan kat swasta..

barang baby pun dah ada beli sikit2 takleh tahan diri dari shopping tengok barang baby kiut miut semuanya nak beli..baju2 beli warna unisex sebab taktau lagi jantina baby..kalau tau lagi menggila aku shopping haha..

nanti next check up bulan 3 ni klinik dah pindah kat presint 18 pulak..kepada kawan2 yang check up kat klinik presint 3 saya juz nak inform start bulan mac dorang dah pindah ke presint 18 pulak..kat belah mana saya pun taktau..harap2 tak sesat nak cari klinik kat presint 18 next month..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...