Followers

Friday, June 24, 2011

# Alhamdulillah..

baru lepas balik dari bacaan yassin kat surau..kalau nak baca kat rumah tu susah sikit,kejap-kejap si kecik tu datang kacau..kalau kat rumah baca selepas solat maghrib,sementara nak tunggu azan isyak tu sempat jugak la..

esok duk rumah je kot..esok ada perlawanan bola jaring dan futsal antara unit opis aku ni.opismate ajak aku pergi sekali konon2 bagi sokongan kat unit kami tapi ntah la..pikirkan bawak anak yang tengah lasak ni aku jugak yang penat nak kejar dia nanti..

kang orang lain yang main bola jaring aku pulak yang semput berpeluh sebab duk kejar anak..hehe..so kesimpulan dia tak pergi la kot,duduk rumah lagi tenang hati aku..

so,apa aktiviti korang besok?

Thursday, June 23, 2011

# Takleh tido

malam tadi susah bebenor nak lelapkan mata ni taktau la nape..mungkin jugak sebab kekanda tersayang takde kat sebelah.haha..tapi aku perasan bila kandungan dah cecah 7 bulan ni memang susah nak tido..si izzul dah lama terbang ke lalaland,mak dia masih terkebil-kebil..

asal aku pejam mata rasa macam sesak napas jer..tambah-tambah sekarang ni dah start cramp kat kaki ni.aduhh!memang tak tahan kalau cramp tu..so option dia,aku takleh mengeliat lebih-lebih dan masa tido tu kena letak bantal kat kaki kasik tinggi sikit..

tambah lak sekarang aku selsema dan hidung tersumbat duk sok sek sok sek,lagi la takleh tido..pakej cukup lengkap dah ni.. :) so malam tadi bila pusing kanan tak kena pusing kiri tak kena maka aku pun makan la ubat selsema..haa,amik ko!terus pengsan sampai ke pagi..memang tak sedar langsung bila tido tu..

bangun pagi ni kepala berat sikit..penangan ubat selsema..


p/s : ubat selsema tu aku amik sebab doktor cakap boleh amik tapi jangan selalu la..ni pestime telan ubat selsema masa pregnant...

# Puding gula hangus la pulak..

aku kan aku kan,memang suka buat dessert bila mengandung kali ni..sentiasa rajin jer.nak dapat baby girl agaknye..kalau dapat anak perempuan alhamdulillah lengkap sepasang cahaya mata penyeri keluarga kami.. ;)

kali ni aku nak cite pasal puding gula hangus pulak..ni resepi dia..



Bahan-bahan 
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair IDEAL
  • 1 camca teh esen vanila
  • 7 sudu besar gula
Cara-cara
1.   3 sudu besar gula atau lebih (kalau nak kuah banyak) dicairkan di dalam loyang hingga berwarna keperangan. Loyang saiz diameter dalam 15 cm. (Kalau nak nampak kecil dan tinggi pilih la loyang yang bersaiz kecil).
2.   Blender telur, susu cair, esen vanila dan gula (4 sudu besar) hingga sebati.
3.   Tapiskan bahan yang diblender di dalam loyang yang ada gula hangus. Kukus dalam api yang sederhana selama 20 minit.
4.   Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan. 


ni masa pukul telur,gula,susu (tapi tak letak lagi)..sepatutnya pakai blender tapi blender rosak bulan lepas..terpaksa la pakai tangan supaya otot-otot tangan menonjol sikit.. :)



berkilat lagi kukusan ni..haha..hadiah kahwin tp 2 tahun kemudian baru dirasmikan..sempena buat puding gula hangus ni baru aku keluarkan dari kotak..



ni dah siap..tunggu sejuk jer..see,sikit dah kena cungkil kat tepi tu..hehe..tekstur dia tak ok sangat sebab aku tak pakai blender..tp raso totap sodappp!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...