Followers

Wednesday, July 27, 2016

Wedding anniversary di Langkawi



Edisi campak belakang sebenarnye ni,saya pun dah ingat2 lupa mana tempat yang kami pergi haritu.. ni rancangan husben dgn kawan2 dia,sy ikutkan ajer hehe..last minit punye plan sokmo..lg 2/3 minggu nak g bercuti baru nak plan adoi la..

Kitorang konvoi 2 buah kereta je dari kl ke jeti kuala perlis..bertolak dalam pukul 11 malam sampai kat jeti kuala perlis dalam pukul 6 pagi.. masa tu pun dah ramai orang tengah tunggu kaunter tiket feri dibukak..park kereta kat sana dan naik feri ke pulau langkawi..ni tak payah bagitau semua orang pun tau kan hehe..bayaran parking kereta saya tak ingat walaupun husben ada bagitau.

Kebetulan plak masa pergi tu ngam2 tarikh anniversary perkahwinan yang ke 7 pada 20/2/2016 haritu jadi anggap la ni hadiah anniversary gitu..

banyak benda dah lupa tapi nak abadikan kat sini sebagai kenangan nanti boleh baca balik..




emak2 dan anak2.. masa ni geng2 ayah tengah beratur beli tiket nak naik cable car..





dah sampai ke puncak so geng ayah2 lak posing..



ni tengah cuak jugak sebenarnya sebab dalam kepala duk pikir 1001 kebarangkalian..tinggi oi!hepi anak2 boleh merasa naik cable car..



kasi can la mok ayoh nak romantik sket hehe..


ni selepas turun dari cable car.. selekeh je anak2 dengan selipar jepun pon boleh sampai ke langkawi.. :)


ni tak ingat dah pantai mana tp bersih je pantai dia..first time umar mandi air masin suka dia duk telan air sebab masin kan..



mujur la apak dorang rajin melayan..mak duk sibuk amik gambar je..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...