Followers

Thursday, July 28, 2016

Dugaan kali kedua



Umar anak ketiga saya sedikit berbeza dari abang abangnya dari segi kesihatan..selepas diduga dengan episod warded semasa dia beliau berusia 2 bulan lebih, pada penghujung bulan 5 haritu sekali lagi terpaksa warded kerana Acute Bronchitis.

Acute bronchitis, also known as a chest cold, is short-term inflammation of the bronchi (large and medium-sized airways) of the lungs. The most common symptom is a cough. Other symptoms include coughing up mucus, wheezing, shortness of breath, fever, and chest discomfort. The infection may last from a few to ten days.

Menurut doktor peparu umar sangat sensitif,jadi kemungkinan untuk serangan berulang akan ada jadi maknya kena sentiasa bersedia..

Alkisahnya mula mulanya umar demam batuk selsema haa pakej terus..kemudian bawak ke klinik An-Nur di Bangi.. kemudian doktor check dan kena amik neb sebab pernafasan dia laju..lepas amik neb nampak lega sikit dia bernafas..so esok tu nafas dia dah tak laju cuma demam je masih ada..saya juz pantau kat rumah kebetulan haritu hari ahad..

Selasa tu nafas dia start jadi laju balik dengan dada berombak ombak jadi bawak g klinik kesihatan dekat rumah ni..dekat kk kena amik neb lagi dan bila doktor check progress dia tak bagus..walaupun dah amik neb tapi pernafasan tetap laju..doktor bagi surat untuk refer ke hospital putrajaya..tapi sebab takut lambat kami amik keputusan untuk ke hospital An-Nur Bangi..bila sampai kat sana katil pulak penuh huhu..saya sendiri yang bertegas supaya umar masuk wad supaya doktor boleh pantau dengan lebih detail..

Alhamdulillah bila tanya kat Hospital Az-Zahrah mujur la ada bilik kosong,tak sampai sejam terus check in la umar termasuk mama dia sekali :)


muka masam baru lepas nanges teruk sebab doktor cucuk kaki dan tangan..tu tanda protes la tu


pagi2 layan kartun dulu


ni nanges mintak dukung sebab dah boring asyik terperap dalam bilik je..





ni tido slps amik neb


merasa la duduk dalam wad lagi selama 3 hari 2 malam..umar on neb utk hari pertama tu 4 hourly..then bila nampak dia macam ok doktor suruh buat 6 hourly plak..on antibiotik dan segala macam ubat lagi..

oh ya,kami duduk bilik sumayyah yang ada 2 katil tapi sebelah lagi tu takda pesakit lain masuk so bilik ini kami yang punye..hehe..

alhamdulillah layanan semua misi dan doktor amat baik,terima kasih staf az-zahrah bangi.


ni je yang tak best haha,bil 2k plus..mujur company bayar full..




semoga sentiasa sihat wahai anak..






1 comments:

Rai OurKizuna said... [Reply this comment]

memang.. budak kalau dah pernah kena jangkitan paru-paru memang mudah kena lagi.. macam anak saya yg no 3 tu. so, kalau dia mula batuk.. saya cepat2 buat garlic oil lepas tu bagi minum cuka epal+madu. alhamdulillah lepas setahun lebih ni..dapat maintain dari kena semula.. dengan izin Allah.. cuba la azni amalkan. cuka madu+epal tu kalau takut budak tak tahan, bagi 1 sudu kecil je. amalkan bagi sekali sehari..semoga umar bertambah sihat nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...