Followers

Thursday, May 16, 2013

Rindu nak membaking



maka terbuat la puding roti dengan sos kastad ni..sap sap soi jer kata ko..hehe..bila dah bancuh semua bahan masa nak panaskan oven tu baru terpikir elok lagi tak oven ni,sebab dah lama tak on..dah jadi tukun kat situ..mujur la ok..kalau oven tak ok kukus pun boleh..takde hal lah..ewahh,berlagak ko yer..


sori la tulisan tu hilang separuh,baru belajar nak godek telepon baru..ehemm.. :)

puding roti ni senang sangat2 nak buat nye..ate,anak bergayut kat kaki pun boleh buat..kena seret kaki la sket..haha..

tapi saya buat ni versi derhaka..ikut citarasa saya..nak ikut silakan,taknak ikut sila stay..

bahan-bahan puding roti

roti 7-8 keping
susu segar 500 ml  *
5 sudu besar gula  *
2 sudu besar butter 
2 biji telur *
1 sudu kecil esen vanilla *
kismis (optional)

mula-mula sapukan butter kat loyang supaya puding tak melekat nanti..
koyak kan roti dan isikan dalam loyang
satukan bahan-bahan bertanda * di dalam mangkuk,kacau hingga sebati..
curahkan bahan bertanda * ke dalam loyang berisi roti tadi..
biarkan roti terendam seketika,tabur kismis..
pastu kita bakor dia..suhu 180 'C..mula2 saya bakar 30 minit tapi nampak macam tak masak so tambah lagi 15 minit..ikut oven masing2 yer..

bahan-bahan sos kastad

1 tin susu cair,bukan susu pekat tau..
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad

kacau semua bahan-bahan atas dapur,gunakan api perlahan sehingga pekat..
sejukkan dan tuang atas puding roti tadi..
ready to eat..

sedap,percayalah!sehari jer terus abis..tunggu ada yang request baru nak buat balik..hehe..


3 comments:

Unknown said... [Reply this comment]

aihh..saja nak mengujakan orang membaking jugak nih..hahaha..

aanie said... [Reply this comment]

senang jer...tp malas nak buat...x jadi jugak...haha...

ehem, telepon baru?? kasi tayang la...

Fiza Rahman said... [Reply this comment]

Sedapnya. Saya ni asyik print resipi jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...