Followers

Friday, April 20, 2012

Anta pengasuh atau nursery?

petang semalam masa nak amik ziyyad kat rumah angah,,angah bagitau yang akak(akak ni mengasuh jugak) kat tingkat 12 sms dia tanya ada orang bph datang rumah bagi notis tidak membenarkan mengasuh..aku baca sendiri pon pening apa yang aku taip ni..ha,camtu la bunyi nye..angah tak dapat notis tu tapi dari apa yang akak tgkt 12 tu bagitau rata-rata surirumah yang mengasuh kat blok saya tu semua dapat notis..haru biru cenggini weh!

pagi ni akak A yang anta anak dia kat rumah adik saya bagitau seluruh putrajaya kena ni..yakni ibu-ibu surirumah tidak dibenarkan mengasuh lagi..atas sebab apa tidak la saya ketahui..mungkin kes-kes tersedak susu kot..tapi kes tersedak susu tu kat nursery pun berlaku jugak..ni dah macam tutup periuk nasik para surirumah la..kesian dorang...kesian jugak kat adik saya..

abis tu kalau takleh anta rumah pengasuh nak anta kat mana lagik?nursery kebanyakkan dah penuh..tau-tau jela kalau anak di bawah jagaan nursery tu camna,asik sakit je..demam on off..pastu kalau ada penyakit berjangkit macam hfmd nursery tutup mak bapak pulak kena amik cuti..tak ke menyusahkan tu?seriyes aku bangkang bila dorang buat camni..tak pikir ke menyusahkan ibu bapa yang bekerja ni?

dengarnya kat notis tu tulis dalam masa 7 hari kena hentikan mengasuh..mana nak cari nursery dalam masa sesingkat itu..aku rasa la mesti ramai mak bapak yang bantah menda ni..kite tengok jela nanti....

11 comments:

Masya said... [Reply this comment]

susahkan kalau macam ni.. bukan jer pengasuh hilang pendapatan, mak pak yg keje pun ssh nak cr tempat nursery yg nak amik jaga... kalau tempat semua dah penuh takkan nak paksa hantar jugak.. haihhhh.....

♥cikmOt♥ said... [Reply this comment]

haah...orang kat blok kita pun dapat..ekseli notis tu sebenarnya tidak membenarkan sebarang transaksi dilakukan dirumah...lebih kurang gitulah...

apalah derang ni, seme pun tak boleh..mereka surirumah pun nak cari rezeki...

kinna said... [Reply this comment]

itu hak memasing la, nak mengasuh ke apa..siapa la yg bg notis tak cerdik tu? dekat2 pilihanraya ni, boleh je hantar memo ramai2, bantah notis tu..

er, nak tanya gak, kalo ibu bapa tetap nk hantar anak kt pengasuh, apakah tindakan yg dikenakan ke atas pengasuh? nk saman ke masuk dalam jail??

*azni* said... [Reply this comment]

masya : itu la pasal..mn nak carik nursery dlm ms terdekat ni..dah la hujung bln..dorg tak pikir ke..

*azni* said... [Reply this comment]

cikmot : tau xpe,susah kn bila camni..kesian kt suri rumah..

*azni* said... [Reply this comment]

kinna : tak pasti la apa tindakan yg kena sekiranya dorang msh mengasuh..mgkin tak dibenarkan duduk kt kuarters kot..

lydzar said... [Reply this comment]

saya baca from one of my friends status kt FB

Susulan kepada dialog BPH dgn penghuni kuarters semalam :

Menurut SUB BPH (kita pun sedia maklum) mengikut perjanjian menerima tawaran menduduki kuarters (dokumen warna biru) ada menyatakan tidak boleh manjalankan sebarang aktiviti perniagaan dsb. So tindakan BPH tidak salah apatah lagi kerana atas arahan KSN yang mengambil tindakan atas aduan penghuni sendiri.

So keputusan setakat ini:

1. Pengasuh diberi kelonggaran untuk menjaga max 3 orang shj. Untuk 4-9 orang perlu dapatkan lesen (bergantung pertimbangan JKM), 10 orang ke atas perlu ada premis. Walaubagaimanapun setiap pengasuh juga masih di pantau.

2. Sebarang perniagaan jika tidak mengganggu org lain (maksudnya tiada urusan jual beli secara langsung di rumah/kawasan kuarters macam pelanggan keluar masuk rumah) masih boleh dijalankan.

Menurut BPH, surat notis mengosongkan rumah bagi penghuni yang telah disenaraikan telah disediakan. Hanya menunggu masa untuk ditandatangani sekiranya penghuni tidak mengendahkan arahan BPH.

Aju Mohit said... [Reply this comment]

alahai beratnya masalah azni ni, kalau mcm ni aju pon kusut, anak2 mmg seronok kalau dijaga pengasuh, kalau di nursery byk cerita kawan2 kata anak2 senang dijgkiti demam dan penyakit lain. sian ziyyad, anta kat mak jaga lah kot azni...

lizafaliza said... [Reply this comment]

mmg ada dgr gak..ni semua sbb ada org report kot..xkan dia tau kat mn umah yg mengasuh...mmg xptt la wat camtu...ssh kan mak bapak lak yg nk kna cari nusery...dh la penuh...tapi xpe...dh ada org atasan bangkang benda ni....huhu...tapi ada gak dgr lau ngasuh pun xleh lebih 3org..xtau la yer ke tidak..tapi mengasuh di kuarters mmg xleh syarat dia..yg ambik upah baju pun xleh gak....

Izan Ishak said... [Reply this comment]

alahai...izan yg baca pun rasa pening sama. boleh macam tu pulak ye. kat mana nak cari nursery kalau tau last minit camni. saje je nak kasi parents pening pale...

diari hati said... [Reply this comment]

btul ke kak..ish, myusahkn..mne leh wt cmtu..tutup priuk nsi org..bknnye wat slh pn, cari rzki yg halal gk..hbs huru hara smua yg kje gomen nk cri pgasuh baru..ish, sabo jela

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...