Followers

Wednesday, March 7, 2012

Pokok-pokok saya

saya suka berkebun *ye kerr?* alah tanam pokok yang kecik-kecik tu kire berkebun lah ye..bukan pokok meranti serta pokok kayu jati yang i tanam tau tapi pokok lada,pokok bunga,daun bawang tu..malu i tau..hikhik..tapi sebab duk kat kuarters yang space agak limited ni maka hobi tu terbantut dengan sendirinye..

akan tetapi *ceh,bahasa dia* sejak tahun lepas napsu nak gardening ni membuak-buak ibarat mak2 yang bf tengok harga medela fs turun jadik rm500..fuyoo melampau-lampau perumpamaan dia tu..haha..

maka,saya telah menghasut sang suami supaya mengkidnap pasu-pasu mak dia di kampung dan bawak balik untuk isteri terchenta ini..

dan nasib baik sang suami terjebak dengan hasutan itu..lalu dia berkata kepada isteri "ni i dah bawak balik pasu mak,u tak gardening kalu siap la pecah muka" haha..ok,saya tipu tang pecah muka tu..

dia kata camni "haa,saya nak tengok berapa lama pokok-pokok awak boleh bertahan" saya jawab "dun underestimate me lahh"

ceh,sejak bila cakap omputih dengan laki ni..sah sah nipu dialog kat atas tu..haha..takmau cakap banyak,sebenar nak tunjuk pokok yang saya tanam je ponn beria cite macam-macam pulak..

pokok lada yang tabah meneruskan hidup walaupun kdg2 tuan dia tak siram..anak tuan dia pulak asik la cabut daun-daun pastu campak ke bawah..bola tu kadang2 duk dalam pasu..masa nak amik gambar ni saya angkat bola letak tepi nak suruh nampak saya adalah pekebun yang berdedikasi *sambil lap peluh kat dahi*

ni pokok taktau nama..laki saya kidnap pakej ni..saya suh bawak balik pasu je,dia bawak balik pasu beserta pokok..mati nih kalu mak dia carik..salahkan anak dia la..saya tukang suruh je dia..anak dia pulak tak ngikut arahan..haha...

jumaat ni sang suami nak balik sini,nak suruh dia kidnap apa pulak ek?...pikir pikir pikir nih.... :)

3 comments:

♥cikmOt♥ said... [Reply this comment]

saya pun suka berkebun...tak sabar nak dok rumah ada tanah ni...hehehe

IntaNBerliaN said... [Reply this comment]

rajinnya berkebun.. bagus ni.. berbudi pada tanah dalam pasu..hihi :-)

aanie said... [Reply this comment]

aanie pun teringin gak tanam pokok....tp takut x terjaga lak...dah la balkoni sekangkang kera jek...hehe..

medela fs 500 je? biar betik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...