Followers

Tuesday, March 27, 2012

Opocot! tanjat mak tengok...

kejadian pagi jumaat minggu lepas..pagi-pagi mak tengah kalut bersiap nak g keje keluar kat ruang tamu tengok-tengok alahaiii semput dada mak...fuhh fuhh fuhh tarik napas lepas napas untuk mengelakkan amarah meletup di pagi hari jumaat nih...

izzul,kalau tolong lipat ok gak ringan sket beban mama.. ;)

ni tak lain tak bukan mesti keje izzul..malam-malam kalau tak sepahkan rumah konpem takleh tido mamat tu..huhu..dah la tido lambat..mak taktau dia tido pukul berapa sebab kadang-kadang mak tertido awal sesambil nenenkan adik..

jadi izzul main sendiri-sendiri je..sian kalau korang baca kan..macam dia kurang kasih sayang je kan..tapi nak buat camna takleh nak bagi perhatian sepenuhnya kat dia semenjak ada adik ni..kena berbagi kasih..huhu..

selalu dia dah puas main kalau dia nak susu baru dia kejutkan saya..kalau tak,dia tido jela kat mana-mana dia suka kat atas toto tu..bila saya terjaga kadang-kadang tengok dia tido kat hujung kaki saya (syurga bawah tapak kaki ibu kan..hehe),sebelah adik dia atau sebelah saya..tapi mostly dia akan tido kat hujung kaki saya pastu saya angkat letak kat sebelah saya...

macam malam tadi pukul 12.30 tengah malam duk mintak nasi..mamai-mamai mak bangun buka periuk carik nasi..nasib la ada nasi,kalau takde jenuh pulak saya nak masak nasi tengah malam buta..elok je dia bila saya suapkan dia dan saya amat hargai momen camni dengan dia..

lepas makan nasi mintak susu pulak pastu baru tido...mak tengok jam dah pukul 1 pagi..jadi la zomba zombie mak hari ni..hehehe...

1 comments:

Izan Ishak said... [Reply this comment]

alahai izzul oh izzul... nak kemas umah ke sayang?

cam abg naufal kecik2 dulu. pernah bangun tengah2 malam minta makan nasi. bila ingat balik kelakar pun ada .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...