Followers

Tuesday, August 23, 2011

# Pening lalat..

malam tadi berjaya jugak buat biskut mazola..ni biskut kedua selepas cornflakes madu yang aku buat 2 minggu lepas..tapi sebab tak berapa pandai sangat setting oven tu,ada sikit yang terlebih masak atau erti kata lain hanguss..nanges..

nasib ada housemate yang tolong bulat-bulatkan kuih tu,nak tekap malas dan leceh maka kita bulat-bulatkan jela..hehe..dekat pukul satu jugak la aku tido malam tadi gara-gara buat biskut ni..so pagi ni ngantuk jer kat opis..

malam ni projek buat biskut apa pulak ek?housemate aku dah balik kampung malam ni so kalau rasa nak buat biskut perlukan keazaman dan kerajinan yang tinggi,sebab buat sorang-sorang kan pastu ada pulak budak boboi boy yang suka kacau tu..kena pikir dalam-dalam gitu sebelum buat keputusan..haha..

kang kalau tak buat membazir pulak bahan-bahan yang aku dah beli tu..dengan buttercup berketul-ketul dalam peti ais,beli masa k4 buat promosi murah-murah hari tu..

oh ya!pagi ni sepatutnya aku ada check up kat kk presint 3 tapi macam malas nak pergi pulak..kalau pergi esok pastu mintak mc terus agak-agak boleh tak?haha..ni gara-gara takde mood nak keje,lagipun esok last day aku keje..oh,lemau nya rasa..

9 comments:

Unknown said... [Reply this comment]

bestnya la reti buat kuih raya sendiri ni. takyah order2.. :D

ajumohit said... [Reply this comment]

wahh bahan dah ade, tp dlm keadaan azni yg sarat ni mmgla tak larat nk buat...besok last keje? heavennya...

eima said... [Reply this comment]

sedap la mazola my fav tu ..... rajin tu buat kuih raya

Mek Rose said... [Reply this comment]

bagus tol mak yong ni..ehehe sy dah tak larat sgt nak buat keje. terkangkang2 berjalan. if buat kueh raya, tataula ape yg jd kat kuih tu..ehehehe

Unknown said... [Reply this comment]

alahai azni..dh sarat pun masih larat nk buat kuih raya. bagus tul :) eh dpt x no kat email?

aanie said... [Reply this comment]

sempat lagi tu buat biskut...kalau aanie, g je klinik, pastu mintak mc...hehe...

Ya ALiya said... [Reply this comment]

rajinyer dia.....heheheheh

yatie chomeyl said... [Reply this comment]

pos mai kat jepun sikit eheh

Wanita2u said... [Reply this comment]

Salam mesra. :)
Kak Fash nak ajak join giveaway dari Wanita2u. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Main website : www.wanita2u.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...