Followers

Monday, July 25, 2011

# Random pada hari isnin...

assalamualaikum dan selamat pagi semua...

hari ni korang ada syndrome monday blues tak?aku takde sebab hari ni adalah hari gaji..hehe..tik tok tik tok sekejap je masa berlalu..minggu ni merupakan minggu terakhir boleh makan di siang hari pastu minggu depan dah start berpuasa dah..pastu raya dah..

semoga kedatangan ramadhan al mubarak membawa seribu keberkatan kepada kita semua..insyaAllah..

aku sebenarnya sambil menghitung hari untuk puasa dan raya,menghitung hari untuk bersalin jugak..pakej la katakan..persiapan raya tahun ni agak caca merba sikit memandangkan perancang utama tak dapat beraya beria disebabkan tengah sarat mengandung..haha..tambahan pulak ada double persiapan iaitu menyambut baby baru jadi paham-paham la nak kena bahagi-bahagikan duit..

baju melayu hubby pun belum tempah lagi..tailor pun taknak amik tempahan dah,so yang ni kita beli ready made sudah la..izzul punya pun camtu jugak..baju-baju t-shirt untuk izzul dah beli cuma seluar je belum beli lagi..persiapan untuk baby baru pulak 90% dah siap,tinggal nak beli diapers jer..

minggu depan hubby balik sebab nak merasmikan hari pertama puasa dengan aku dan izzul..tak sabar rasanye..pastu boleh la kecek (bodek-bodek) dia pergi beli seluar raya izzul..

oh ya!bercakap tentang izzul..si kecik tu pagi ni buat hal pulak dah..pagi-pagi lagi merengek nak berdukung tapi yang heran nya kasut tetap nak pakai..jalan nya taknak..haishh anak..

kang mama bagi awak duk dengan papa kat kampung baru tau..tapi aku tau dia lagi suka duk dengan bapaknya sebab petang-petang bapak dia bawak jalan pusing kampung naik motor..masa aku balik kampung 2 minggu lepas kulit izzul jadi gelap sikit,mana tak nya hari-hari naik motor..hehe..

apa lagi nak membebel kat sini ye..takpe,pikir dulu..kang kalau ada idea sambung balik.. ;)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...