Followers

Thursday, June 23, 2011

# Puding gula hangus la pulak..

aku kan aku kan,memang suka buat dessert bila mengandung kali ni..sentiasa rajin jer.nak dapat baby girl agaknye..kalau dapat anak perempuan alhamdulillah lengkap sepasang cahaya mata penyeri keluarga kami.. ;)

kali ni aku nak cite pasal puding gula hangus pulak..ni resepi dia..



Bahan-bahan 
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair IDEAL
  • 1 camca teh esen vanila
  • 7 sudu besar gula
Cara-cara
1.   3 sudu besar gula atau lebih (kalau nak kuah banyak) dicairkan di dalam loyang hingga berwarna keperangan. Loyang saiz diameter dalam 15 cm. (Kalau nak nampak kecil dan tinggi pilih la loyang yang bersaiz kecil).
2.   Blender telur, susu cair, esen vanila dan gula (4 sudu besar) hingga sebati.
3.   Tapiskan bahan yang diblender di dalam loyang yang ada gula hangus. Kukus dalam api yang sederhana selama 20 minit.
4.   Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan. 


ni masa pukul telur,gula,susu (tapi tak letak lagi)..sepatutnya pakai blender tapi blender rosak bulan lepas..terpaksa la pakai tangan supaya otot-otot tangan menonjol sikit.. :)



berkilat lagi kukusan ni..haha..hadiah kahwin tp 2 tahun kemudian baru dirasmikan..sempena buat puding gula hangus ni baru aku keluarkan dari kotak..



ni dah siap..tunggu sejuk jer..see,sikit dah kena cungkil kat tepi tu..hehe..tekstur dia tak ok sangat sebab aku tak pakai blender..tp raso totap sodappp!!

5 comments:

Huda said... [Reply this comment]

sedapnye :) nak sikit :) kalau dpt sepasang, Alhamdulillah..

ajumohit said... [Reply this comment]

aju dulu suka mkn manis2 time ngndungkan najwa dan najiha, eskrim, kek..tp time adam suke mkn seafood hehehe, amin moga2 dpt baby gurl kan azni

myamyza said... [Reply this comment]

kite pun suke makan ni.. selalu buat, selalunya saya makan sorang dah separuh loyang, en suami rasa sikit2 je... hehe

wani johari said... [Reply this comment]

nampak cm sedap tu..blh la cuba...tq share resepi..

Bionic women said... [Reply this comment]

kita dulu masa ngandung xleh masuk dapur..4 bulan pertama tu, bau bawang pun kita muntah..huhuhu.

cantik berkilat kukus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...