Followers

Wednesday, June 1, 2011

# Mood berpuasa sudah mari..

salam dan selamat pagi semua..baru ada kerajinan (betul ke ayat ni?) sikit untuk update blog..kalau tak terbiar tersadai je blog ni.haha..

arini aku puasa,harap-harap dapat la bertahan sampai ke waktu maghrib nanti..bukan apa,selera makan sekarang ya ampun besar punyer!kejap-kejap rasa lapar,asyik la nak mengunyah jer.

pagi tadi bangun pukul 5.15 sahur makan nasi goreng cili padi yang digoreng malam tadi.siap bertambah-tambah nasi lagi.aisehh!padahal baru je kena warning dengan misi bulan lepas suruh diet sikit sebab berat badan naik almost 4kg dalam masa sebulan..gila kan?

dah abis makan nasi tengok jam oh sempat lagi ni bancuh susu,maka minum la susu nespray satu mug besar tu.ehh,ada masa lagi la mari kite tengok apa lagi yang ada dalam esbok.ada epal la,kunyah pulak buah epal sebijik..pastu minum air masak 2 gelas..see see,betapa besar nya selera makan aku walaupun time sahur.ada sesetengah orang tu tak lalu nak makan banyak2 time sahur.aku?tibai abis abisan..

tu pun stok roti gardenia aku dah abiskan semalam,kalau tak mau tambah dengan makan roti lagi tadi..dah siap makan tengok jam dah 5.40 pagi.harus lah sambung tido balik.haha.pukul 6.30 bangun je kepala dah weng semacam je.ni pun masih lagi pening-pening lalat ni..padan muka aku.. ;)

eh,korang-korang semua kuat makan tak masa mengandung?


gambar takde kaitan dengan jalan cerita ye.. :)

5 comments:

amiey lee said... [Reply this comment]

kta plak ngandung ke tak memang kuat makan hahaha tak leh control bab makan ni

aanie said... [Reply this comment]

sy masa ngandung dulu tak kuat makan sgt...tp skrg ni rasa nak makan je semua benda...badan pun dah mengembang dah ni....erkk, apakah??

Huda said... [Reply this comment]

boleh tahanla..masa husna dulu x sgt..time preggy lukman agak berselera makan di hujung2 preggy tu :)

puan nina said... [Reply this comment]

masa ngandung selera makan memang bertambah..n lepas bersalin makin bertambah-tambah.huhu

ajumohit said... [Reply this comment]

mmg selera mkn akan bertambah2 azni...akak masa ngndung 9 bulan tu naik smpi ke 74kg, 17kg naik dari berat asal hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...