Followers

Friday, June 3, 2011

# Dah jumaat..

pejam celik pejam celik dah jumaat kan,sungguh cepat masa berlalu..hari ni izzul duk dengan papa dia kat rumah sebabnya ibu aka mak ngah izzul bercuti hari ni,dah selamat sampai kampung pun,dia sefamily gerak malam tadi.

aku dari 2 minggu lepas lagi bila si ibu bagitau nak cuti,duk bagitau papa izzul hari jumaat dan isnin sekian-sekian sila la balik menjaga anak di putrajaya memandangkan cuti adinda dah tinggal tak banyak ni.haha..dan disambut dengan jawapan ok ok dari kekanda tercinta.kelass gitu!

cuti aku banyak pakai masa bulan 5 aritu sebab izzul asyik la on off demam.taktau apa masalah dia,siang2 hari kat rumah ibu ok je asal bawak balik rumah aku malam mesti demam..badan panas pastu batuk dan muntah2 lagi.ada la 3 hari aku el dalam bulan 5 tu gara-gara anak demam.mak aku kata biasa la anak nak membesar memang camtu..alhamdulillah sejak minggu lepas kesihatan izzul dah bertambah baik..syukur..

maka malam tadi muncul la wajah hubby aku kat depan rumah.. :) aku tak risau pun tinggalkan dua beranak tu sebab this is not the first time hubby aku kena jaga izzul.ntah kali keberapa tak kira plak den.dan dia memang boleh diharap bab2 uruskan anak ni.

so,arini pagi-pagi dalam pukul 5.45 aku dah bangun sebab nak masak untuk 2 orang jejaka terhangat kat rumah tu.hehe..ala masak simple-simple je sebab hubby bukan jenis memilih pun..aku buat telur dadar,goreng sawi berlada pastu sup ayam untuk izzul,dan tak lupa masak nasi sekali..done!

yang si izzul pulak bangun macam biasa pukul 7.30 tadi terus tuju ke pintu.no no darling,today kita tak pergi rumah ibu..izzul stay dengan papa hari ni okeh.pastu nangis-nangis bila tengok aku nak g keje..sabar la sayang,nanti mama balik rehat karang yer..

isnin ni pun hubby still jadi babysitter.selasa baru dia balik ke palong semula..huhu...

tak kira,nak jugak tepek gambar dua orang ni... :)

2 comments:

aanie said... [Reply this comment]

sy pun x risau kalau tinggal adam kat abah dia...mmg boleh diharap dah bapak2 skrg....itu hasil didikan kita gak kan...hehe..

Huda said... [Reply this comment]

hehehe..anak abah kan :) samalah dgn husna, x kisah nk tinggal kan dia dgn abahnya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...