Followers

Tuesday, April 19, 2011

# Nasib tak patah hidung

haru biru aku malam tadi,serious ngeri wohh..si kecik itu la,sebelum tido ada je aktiviti2 lasak kat atas katil tu.lompat sana lompat sini sekali tercium dengan dinding.terus bukak lampu cecepat..

terkejut aku tengok,kuat betul pelanggaran tu sampai kan cat dinding tu siap melekat lagi kat hidung dia.berdarah sikit hidung tapi bukan keluar dari hidung,dari luka atas hidung tu.menangis tu tak payah cakap la.dengan aku2 sekali menangis tau.sedih bila anak kena camni..aku cuai aku cuai!

tapi dia jenis menangis kejap je,dah hilang rasa sakit pastu aktif balik.aku pujuk2 main2 jap dengan dia pastu dia tertido.

aku check hidung dia,duk tekan slow2 takut patah ke hapa.tapi masa aku tekan2 tu dia dah berenti nangis dan takde buat reaksi sakit pun so aku anggap takde apa2 kot.

dia tido lena jer.tetiba pukul 2 lebih dia bangun menangis tak hinggat tau,nangis macam sakit kena dera.aku tak tau dah nak buat camna.ahh,sudah!panik!aku peluk dia erat-erat sambil baca ayat kursi hembus2 kat muka dan ubun-ubun dia.

lama-lama dia diam dan tertido lena sampai la pukul 7.30 tadi..kesian aku tengok izzul tu.dia dah la selsema,hidung tersumbat tiba2 eksiden dengan dinding pulak,lagi la tak selesa hidung tu.tido malam pun boleh dengar dia bernafas macam sangkut2 sebab hidung tersumbat.

pagi ni aku tengok dia elok jer,tak meragam dan takde menunjukkan dia sakit.masa hantar dia kat rumah adik aku tanya kenapa dengan hidung izzul tu.pastu aku cite la.adik aku duk gosok2 hidung izzul,reaksi dia pun biasa jer.

mintak2 la takde apa-apa yang buruk berlaku kat izzul.petang karang aku ingat nak bawak dia pergi hospital,check dengan doktor.baru lega sikit ati aku.ni asyik tak tenang jer pikir pasal anak.huhu..

saat aku menaip entry ni mengalir je air mata memikirkan anak.kalau la sakit tu boleh ditukar2 biar la mama je  yang terlanggar dinding tu malam tadi.biar mama yang rasa sakit tu..maafkan mama,nak......

3 comments:

amieroziana said... [Reply this comment]

budak2 memang mcm tuh...sekelip mata jer boleh terjatuh la...terhantuk lah..tak boleh jangka gelagak dorang...anas tu pun dah baper kali dah jatuh...memang sedih kalu tengok anak cedera...tapi nak buat camner..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said... [Reply this comment]

budak2 memang begitu kalau tak sakit bukan budak2 namanye.... tapi ibu biasalh akan sedih bila nak sakit....

aanie said... [Reply this comment]

sabar yek azni...masa dia terbangun mlm tadi tu maybe dia tiba2 rasa berdenyut hidung kot..tu yg nangis..

try bwk g klinik dulu ek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...