Followers

Thursday, April 28, 2011

# Ini la dikatakan orang mengantuk disorong kan keropok,bukan bantal.. :)

kejadian petang semalam,lepas je aku amik si kecik tu dari umah adik aku terus masuk dapur untuk masak.aku biarkan je dia main sorang2 kat ruang tamu sambil dia tengok tv.pastu dia datang kat dapur tunjuk "nak tu nak tu".ni adalah bahasa dia,tak tau nak sebut nama barang maka dia akan cakap "nak tu nak tu" sambil tunjuk kat barang tu.

tengok2 dia tunjuk kat bekas keropok,aku pun bagi la kat dia sekeping.pastu dia berlalu pergi kat ruang tamu balik.tetiba aku rasa macam senyap je takde suara dia duk buat bunyi macam2.

aku pergi jenguk tengok2 dah tertido sambil pegang keropok yang dah tinggal separuh.alahai anak..penat sangat main sampai kamu tertido..

masa dia tido ni aku tengok jam pukul 7.20 camtu la.aku dah bajet dalam pukul 8 lebih atau pukul 9 mesti dia akan bangun balik.memang betul pun jangkaan aku.masa dia bangun tu terus tunjuk kismis,aku bagi kismis sikit pastu terus suap nasi kat dia.



tapi sekarang dia kurang makan nasi,tengok lauk jugak.kecik2 dah pandai memilih.. ;) kadang2 dia nak makan lauk je,nasik taknak..kalau aku letak ikan dalam pinggan mula la dia duk nak pegang ikan tu nak buat main.pastu duk sebut "eei akut pish,akut pish"(takut fish).dah jadi habit dah asal nampak je kepala ikan mula la akut pish..takut2 pun pegang jugak.. :)

nasib la malam tadi senang pulak dia tido,pukul 10.30 aku dah hangkut dia masuk bilik.dia minum susu jap terus terlena sampai la pagi ni,tak bangun langsung malam tadi.alhamdulillah,senang mama jaga kamu izzul...

4 comments:

LindaRahim said... [Reply this comment]

cute nyer...tp takut gak kalau baby tertidur masa mkn ni...takut ada makanan dlm mulut dia...

amiey lee said... [Reply this comment]

hahahahahah lawak la..tapi comel aja dia tido ngan mulut seksi tu..heee

isabelle said... [Reply this comment]

org mengantuk disorongkan keropok.
sangat tepat peribahasa baru itu.
10 markah!!!

.:Mama Dhia:. said... [Reply this comment]

makan pun leh tido..
hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...