Followers

Monday, February 21, 2011

#Cerita penyusuan izzul..

eh,lain macam je bunyi tajuk tu.tapi takpe layan kan aje lah.

semasa aku mengandungkan izzul dulu dah sematkan dalam hati untuk fully BF kan dia sampai la umur 2tahun.tapi impian aku tu tidak menjadi kenyataan kerana masa tu aku buta bab2 penyusuan ni.setakat azam sahaja tidak memadai.aku tidak bersedia dengan breast pump sama ada manual atau auto ke,serta peralatan2 untuk BF yang lain memang aku tak beli pun.sebab tu aku cakap impian tu sekadar impian sahaja..silap aku.;(

lepas je abis pantang 2 bulan aku terus sumbatkan izzul dengan FM jenama enfalac sebagai pengganti susu ibu di kala aku bekerja.izzul hanya minum FM masa aku kat opis sahaja,bila aku dah balik rumah cepat2 aku bagi susu badan.aku ada try jugak mengepam susu pakai manual pam tapi susu tak keluar,lagi laju susu keluar bila aku pakai tangan.

lama2 kelamaan semakin izzul membesar dia makin kurang minum susu badan,mostly minum semasa dia nak tido di malam hari sahaja.aku rasa ini disebabkan dia dah banyak bertukar2 FM dan deria rasa dia dah tak berapa mahu lagi dengan susu badan.aku jadi buntu.dan izzul pula jenis yang yang jarang bangun malam untuk menyusu.kadang2 dia tido lena sampai ke pagi.

aku cuba lak cara lain iaitu bagi susu badan di pagi hari sebelum aku hantar dia ke rumah pengasuh.dan alhamdulillah dia nak minum,syukur padaMu Ya Allah.aku cuba berbagai cara supaya dia suka minum susu badan,at least aku nak dia minum susu badan sama dengan dia minum FM.aku taknak dia minum FM semata- mata.

dan sampai la umur dia 14 bulan tiba2 dia terus taknak langsung dengan susu badan.bila aku suakan b aku dia buat main2 plak.langsung taknak minum.akhirnya,bila aku check tau2 aku pregnant lagi.mungkin izzul pikir susu tu dah jadi bukan hak dia lagi,tapi hak adik dia maka dia terus berhenti.itu teori aku la..

setakat itu saja la perjalanan penyusuan susu badan izzul..walaupun dia dah stop susu badan,aku harap semoga dia membesar dengan sihat dan bijak..sekurang- kurangnya aku bersyukur aku dapat merasa rezeki menyusukan anak dari titisan darah aku sendiri walaupun sekadar untuk 14bulan sahaja..

mama nak izzul tau mama sayang izzul lebih dari nyawa mama sendiri..




p/s : aku akan cuba bersedia dari segi mental dan fizikal untuk BF kan anak kedua nanti..insyaAllah...

2 comments:

Unknown said... [Reply this comment]

Alhamdulillah, itu dah kira pencapaian cemerlang juga azni :)

aanie said... [Reply this comment]

sedih bila anak dah bercerai susu...xdpt bayangkan tu...
adam skrg pun dah kurang menetek...dia lebih suka pakai botol...maybe sb susu sy dah kurang kot...sedih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...