Followers

Friday, August 27, 2010

#Pulang

Ya Allah,permudahkan lah perjalananku malam ini....tak ada mood nak berblogging sebab mood dah sampai ke kampung.....

#Masih lagi demam

izzul masih lagi demam,ngan mama2 sekali dah berjangkit..semalam nangis2 dia,pukul 12lebih baru boleh tido..yang tak tahan dia batuk teruk..mengamuk2 dia time batuk tu..yelah,dia baru nak lena tido sekali datang batuk2 mau tak angin dia..kalau boleh ditukarkan tempat,biar mama je yang ganti izzul demam..tak sanggup mama nak tengok dia sakit camtu...

Wednesday, August 25, 2010

#Kejadian malam tadi

tertido sbb penat menangis
baju cekci sket
Ptg smlm pas balik dari kerja aku trus g amik izzul kat umah ibu..Sekali tgk duk b'selimut je izzul..ibu ckp ptg tadi si izzul ni demam teruk smpai m'gigil2 tu yg dia selimutkan izzul..alahai,sian nye anak mama ni..lps b'buke puase kitorg trus b'desup ke hospital putrajaya..
Doktor check suhu bdn dah 40.6C,pastu nk kene amik darah ngn masuk kan air..3kali cucuk tangan izzul baru la jmpe salur darah,sian mama tgk tangan kecik tu kene cucuk2..izzul pn dah tak ade tenage nk nangis,menyerah jer die..90ml air doktor masuk kan semalam..
Pastu tnggu air abis ngan keputusan darah keluar sampai tertido2 izzul..doktor kate tak ade ape2 cume demam biase je..dkt pukul 12mlm br siap semua ngn amik ubat sekali...
pastu balik umah..kat umah dugaan plak buat mama sbb izzul asyik merengek jer..pukul 4lbh br izzul betul2 tido..pg tadi bangun mama terus anta ke umah ibu..sebelum mama g kerja dah bagi ubat siap2 kat izzul..
Hope arini izzul makin sehat la..mama doakan..ni gmbar2 mase kat hospital smlm...layan kan jer lah....

tido atas mama 
ms baru2 lps cucuk tangan

Tuesday, August 24, 2010

#Haid

Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu.

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

#Balik kampung

xsabar nk balik kg hari jumaat ni..insyaallah akan b'tolak slps b'buke..any changes will update later ya..mintak2 la jln xjem nnt..xsabar nk merase masakan mek..ho ho balik kg,hati girang :p...
ni gmbr budak yg xsbr nk jmpe tokmek ngn tok ayah...(ceyy,ckp idul padahal mama idul yg lebeh2)

#Demam

my little boy still demam lg..sian jer tengok mase nk tggl kat ibu(babysitter) pg td..get well soon son..hati mama msh lg risau,duk t'ingt2 kt idul...mintak2 la arini dah ok...

Monday, August 23, 2010

#Selamat hari isnin...

mesti sume org mcm lemau nk keje arini,biase la monday blues la katekn...anyway,happy working to all...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...