Followers

Wednesday, December 15, 2010

#Perancang keluarga..

i nak tanya kepada blogger2 mama korang2 amik perancang keluarga yang jenis mana ek?i setakat ni buat yang no 2 tu jer..since idul pon dah 13bulan dan kitorang pun masih belum sedia nak 2nd baby dlm masa terdekat ni so i rasa nak gak try perancang jenis lain tp tak tau nak pilih yg mana..

takut ade kesan2 sampingan nanti..tang anak tu kalo tuhan bagi dlm masa terdekat ni i terima dgn hati terbuka tp selagi boleh rancang kite rancang la..lg pun idul mcm kecik lg perlukan perhatian dr i lg..kalo dia dah besar sikit boleh berdikari baru boleh bagi adik kat dia.. :))


ni yg i google ;-


Jenis-jenis kaedah perancang keluarga:

1. Tradisional
Penggunaan jamu, herba dan ubatan tradisional masyarakat lama.

2. Semulajadi
Mengunakan kaedah masa selamat, suhu badan (masa subur/ tidak subur), mukus serviks (perubahan kepekatan dan warna) dan azal (mencabut zakar sebelum ejakulasi). Peratus kegagalan tinggi kerana sukar menentukan waktu kesuburan yang tepat.

3. Halangan
Penggunaan kondom (lelaki/ wanita), diafram, kap serviks dan spermisid (bunuh sperma). Kegagalan masih boleh berlaku.

4. Hormonal
Pil, suntikan, implanon, tampalan (belum ada di Malaysia) dan gegelang vagina (belum ada di Malaysia). Kesuburan baik pulih selepas kontrasepsi dihenti atau ditanggalkan.

5. Kontrasepsi darurat
Pil mencegah kehamilan selepas satu persetubuhan yang tidak dilindungi. Perlindungan berkesan 72 jam selepas persetubuhan, kurang berkesan selepas itu dan boleh diambil untuk tempoh 120 jam (lima hari).

6. Alat dalam rahim (ADR)
Alat yang dimasukkan dalam rahim dan dibiarkan untuk tempoh tertentu. Diperbuat daripada polietelin dan kuprum. Berkesan antara tiga hingga lima tahun bergantung kepada luas permukaan kuprum. Peratus kegagalan 0.16 kehamilan dalam 100 wanita setahun.

7. Pemandulan
Lelaki (vasektomi- mengikat saluran vas deferens) dan wanita (pembedahan untuk mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian).


Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri.


tolong ye kawan2 sila la bg pendapat uolls tentang perancang keluarga nih..

4 comments:

Izan Ishak said... [Reply this comment]

azni,
k.izan buat masa ni mmg kaedah semulajdi je. tp kena betul2 disiplin takut eksiden nanti.

*dulu pernah ambil pil perancang jenis marvelon... tp kena ikut nasihat dr yg paling penting. ikut kesesuaian individu jg~

Cute MuM said... [Reply this comment]

dulu me pernah keliru nak pilih cara yang mana..

boleh rujuk entri nie..

http://mamiuyun.blogspot.com/2010/10/xkan-mengandung-lagi-kot.html

http://mamiuyun.blogspot.com/2010/10/implanon-kaedah-perancang-keluarga.html

tapi akhirnya me pilih cara no2 tue jer.. kalo ALLAH nak bagi rezeki, kami terima jer..

Unknown said... [Reply this comment]

takde pengalaman la..haha

ArshSabila said... [Reply this comment]

As for me, I choose implanon..so far takde apa side effect, tak perlu disiplin tinggi in terms of nak makan ubat ikut timing..berat badan pun maintain jer..oklaaa..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...