Followers

Thursday, December 23, 2010

Insentif bayaran saman trafik masih terbuka

KUALA LUMPUR - Insentif pembayaran saman yang dikeluarkan sebelum atau pada 1 Disember lalu masih lagi terbuka dan belum ditamatkan tempohnya.

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman Facebooknya, semua saman yang dikeluarkan sebelum tarikh tersebut akan diberi insentif kadar munasabah secara automatik sebanyak 50 peratus melalui kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.

Kata kenyataan itu, saman PDRM yang bermula pada 1 Disember lalu pula akan diberi insentif sebanyak 50 peratus dan 30 peratus, mengikut tempoh pembayaran yang dibuat.

"Saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberi insentif 50 peratus daripada kadar kompaun sebenar dan saman yang diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari akan diberi insentif 30 peratus daripada kompaun sebenar.

"Saman yang tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari tidak akan diberi sebarang insentif dan seterusnya akan disenarai hitam," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai tempoh pembayaran saman.

Selain itu, PDRM turut menjelaskan tiada masalah off line di kaunter pembayaran PDRM sejak kadar baru insentif pembayaran saman dilaksanakan kecuali beberapa masalah teknikal yang telah diatasi. - Bernama

1 comments:

Drama Mama said... [Reply this comment]

baru orang rajin skit nak bayaq saman nih. hehehe

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...