Followers

Monday, November 1, 2010

#Minyak wangi terbaik 2010

SETELAH mendapat undian sebanyak 40 peratus daripada pelanggan setia, 20 peratus menerusi undian dalam talian dan 40 peratus pula daripada juri profesional, akhirnya pemenang Anugerah Haruman Terbaik dan Warna Sa Sa 2010 terjawab.

Anugerah kali ketiga itu mempertaruhkan sebanyak 12 pewangi yang sering menjadi pilihan utama orang ramai. Kempen yang bermula pada 27 Ogos lalu telah mendapat sambutan hangat apabila jumlah undian mencecah 38,436.

Menurut Pengurus Besar Sa Sa, Corina Loi, salah satu tujuan anugerah tersebut diadakan adalah bagi memberi maklumat kepada pengguna mengenai panduan pemilihan wangian terbaik.
"Dengan cara sebegini, pelanggan akan lebih dekat dengan kami dan tidak malu untuk bertanyakan pewangi yang sesuai dengan personaliti masing-masing.

"Pada masa yang sama, Sa Sa boleh memberi tunjuk ajar berhubung kesesuaian pemakaian pewangi berdasarkan majlis yang dikunjungi," katanya.
Antara kategori yang dipertandingkan dan berjaya menambat hati pengundi ialah Haruman Wanita Terbaik iaitu Gucci Flora dan Haruman Lelaki Terbaik, Boss Bottled Night.

Selain itu, Haruman Pasangan Terbaik jatuh kepada Dsquared He Wood dan She Wood; Haruman Tahunan 2010, DKNY Be Delicious Fresh Blossom dan Haruman Pilihan Dalam Talian Terbaik pula ialah Anna Sui Rock Me!.

Di samping itu, sebagai peruncit wangian lelaki dan wanita yang dikenali ramai, Sa Sa lebih berkeyakinan untuk menganjurkan anugerah sebegitu untuk mencari kelainan.
ANUGERAH Haruman Pasangan Terbaik dimiliki Dsquared He Wood dan She Wood.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...