Followers

Monday, November 8, 2010

#Alahai seksanye..


WANITA dari Carolina Utara, Cathie Jung memegang rekod dunia sebagai 
individu pinggang paling ramping yang masih hidup.
Wanita pinggang teramping
Pemegang rekod pinggang teramping di dunia yang masih hidup ialah seorang nenek berusia 73 tahun, Cathie Jung dari Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS).Cathie mempunyai lilitan pinggang 15 inci (38.1 sm). Ia hampir menyamai saiz biasa botol mayonis.

Cathie turut menarik perhatian selebriti berpengaruh, Oprah Winfrey untuk menjadi tetamu khas dalam rancangan televisyennya.Cathie turut diterbangkan untuk ditampilkan dalam rancangan televisyen di Eropah dan Jepun.

Jika anda melihat gambar-gambar Cathie di laman ini jangan pula menyangka ia penangan perisian Photoshop.
Realitinya, tubuh nenek yang berpotongan badan 39-15-39 ini begitu menakjubkan (atau mungkin mengerikan).Bentuk badan sebegitu bukan diperoleh Cathie kerana kekurangan nutrisi atau masalah kesihatan, sebaliknya hasil pemakaian korset yang diamalkan sejak 27 tahun lalu.

Mengenakan korset 24 jam setiap hari sejak tahun 1983, satu-satunya masa dia menanggalkannya ialah semasa mandi atau mengeringkan badan.


Cathie memberitahu, kali pertama dia memakai korset buatan khas ialah semasa perkahwinannya pada tahun 1959. Ketika itu dia berusia 22 tahun.

Kemudian dia hanya mengenakannya sekali-sekala. Dia melupakan hasrat untuk memperoleh tubuh seperti balang jam pasir itu sehinggalah ketiga-tiga anaknya dewasa."Saya sentiasa sukakan korset. Apabila saya menonton filem seperti Gone With the Wind dan Seven Brides for Seven Brothers, saya sukakan bentuk badan watak-watak perempuannya," katanya.

Apabila Cathie berusia 45 tahun, minat terhadap kostum-kostum era Victoria bercambah dalam dirinya.
Tulang belakangSejak itu, Cathie mengambil keputusan untuk memakai korset yang ketat sepanjang masa.
"Anak-anak saya sudah besar, jadi saya fikir ia waktu untuk saya melakukannya. Saya rasa elegan dan seksi," tambahnya.Tahun demi tahun, Cathie mengenakan korset yang lebih ketat.

Daripada korset bersaiz 25 inci, dia berubah kepada 24, 21 dan akhirnya 15 inci.
Cathie tidak sedikit pun merasakan pemakaian korset membataskannya pergerakannya.
"Saya melakukan segala-galanya yang saya mahu. Saya makan dalam jumlah yang agak kecil, tapi saya rasa ia sesuai dengan usia saya.

"Saya bahkan ada kostum renang yang dijahit dengan korset, jadi saya masih boleh pergi ke pantai," katanya berjenaka.Cathie yang digelar Ratu Korset memberitahu yang dia mempunyai koleksi 100 helai korset. Ada yang diperbuat daripada kapas, sutera Cina dan ada daripada kulit.

Ukuran lilit pinggang Cathie tanpa korset ialah 21 inci tetapi ia tetap satu pengurangan yang mengagumkan kerana saiz asal pinggangnya ialah 28 inci.

12 comments:

Anonymous said... [Reply this comment]

memang siksa weh aku nengok..gila sempit n ketat...eeei rimasnyer

Unknown said... [Reply this comment]

besar botol mayonis kau pinggang die...

sarah-najwan said... [Reply this comment]

mak aihhh..seksa nengoknyer..kalah kerengga u..hehe

Unknown said... [Reply this comment]

suami saya kata kalau pinggang saya macam tu dia takut nak dok dekat..
hahahhah..macam elien kata nye..

Unknown said... [Reply this comment]

salam kenal semua ye..
sarah:kerengga pon tau syg bdn.huhu

diana:husband baru nak paut pinggang terus patah..haha..

♥ Che NamNam ♥ said... [Reply this comment]

mak aiii rase seksa nafasku nengok pinggangnyer yang ramping itewww...aterrr macam tak boleh nak bernafas jerk gayernyer...hahaha..

jejaka anggun said... [Reply this comment]

mcm pinggang ai lah.... heheh. seksi kan?

Unknown said... [Reply this comment]

shila:semput!mintak nyawa...

jejaka anggun:betul la mcm pinggang u..kelas gitu..

mummy_ayu said... [Reply this comment]

tul tu...ramping giler...
nie bukan seksi...tapi seksa..

salam kenal...

Unknown said... [Reply this comment]

mummy ayu:ex hotelier..salam kenal kak..

Mar Yanie said... [Reply this comment]

tak lawa pun!!! cam sakit jer tgk muka..haha

Unknown said... [Reply this comment]

mmg pun tp bg dia paling cantik la tu cmtu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...