Followers

Tuesday, October 12, 2010

#Izzul sakit

Tak tau nak tulis ape.. Izzul terkena jangkitan kaki tangan dan mulut sejak ari ahad aritu so mama pon takde mood nak update blog walau pon ada banyak benda untuk dicitekan. Mama terpaksa mengambil cuti kerana Izzul kena kuarantin, tak boleh anta umah pengasuh atau pun bercampur dengan budak2 lain. Doktor bagi mama surat yang mengatakan mama kena jaga anak di rumah selama seminggu ni..Walau pun cuti lame tapi nak enjoy tu nan ado sebab ati tak keruan tengok anak sakit. Mama rasa semua ibu2 pon rasa macam ni jugak kan? Mama pon tak tau macam mana Izzul boleh terkena jangkitan nie padahal budak2 lain kat umah ibu semua ok jer. Apa- apa pon mama redha jer dengan ujian tuhan ni.. Ini adalah info-info pasal penyakit tangan kaki dan mulut..
Apa yang menyebabkan HFMD?
Hand Foot Mouth Disease (HFMD) berpunca daripada jangkitan virus. Kajian menunjukkan lebih 70 jenis virus boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut, tetapi jenis paling biasa ialah virus coxsackie A16 (CxA16) dan enterovirus 71 (EV71). Kes dilaporkan di Sarawak disebabkan virus Cx A16.
HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain, tetapi ia jarang berlaku. Kumpulan enterovirus ini termasuk virus polio, coxsackie, echovirus dan enterovirus lain.
HFMD pada manusia tidak sama dengan HFMD pada lembu atau kambing kerana ia disebabkan jangkitan virus berbeza. Jadi tidak perlu takut untuk minum susu segar atau makan daging.
Dr Syed Nazir, berkata jangkitan HFMD biasanya lemah dan tidak berbahaya. Ia biasanya menyerang kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi boleh berlaku pada orang dewasa.
Adakah jangkitan ini serius?
Jangkitan disebabkan coxsackie A16 biasanya lemah dan hampir semua pesakit boleh sembuh tanpa rawatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, jangkitan enterovirus 71 lebih berbahaya, boleh menyebabkan meningitis, enchephalitis dan kadangkala membawa maut jika tidak diberikan rawatan segera.
Siapa yang berisiko dijangkiti?
Sebenarnya semua orang berisiko mendapat HFMD. Bagaimanapun, lazimnya berlaku pada kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi orang dewasa juga boleh mendapat HFMD.
Namun, jika ia berlaku pada orang dewasa, kesannya sangat lemah kerana orang dewasa mempunyai antibodi daripada pendedahan pada masa lalu terhadap virus ini.
Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian mempunyai risiko lebih tinggi. Ini sebabnya kerajaan mengarahkan supaya tadika dan sekolah ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan virus.
Jangkitan membolehkan badan seseorang membina antibodi terhadap virus berkenaan, tetapi orang yang pernah mendapat penyakit ini boleh mendapat HFMD kali kedua jika ia disebabkan jangkitan virus lain.
Apakah gejala HFMD?
Sebaik dijangkiti, virus mengambil masa tiga hingga enam hari untuk membiak dalam badan dan ini dipanggil tempoh inkubasi. Selepas tempoh ini pesakit akan mula mengalami gejala penyakit seperti:
  • Demam (38°C) selama dua atau tiga hari
  • Sakit mulut
  • Berhingus
  • Ulser dalam mulut (pada lelangit lembut, bibir bahagian dalam atau lidah)
  • Sakit tekak
  • Hilang selera makan
  • Keletihan
  • Ruam dan melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung tetapi ia tidak gatal atau menyebabkan rasa sakit
  • Sakit perut
Bagaimana virus merebak?
Walaupun tidak berbahaya, HFMD mudah berjangkit, terutama pada kanak-kanak. Ia merebak melalui sentuhan langsung kepada najis, air liur, hingus dan cecair daripada kulit melepuh orang yang dijangkiti.
Jangkitan juga boleh berlaku melalui udara apabila orang dijangkiti bersin. Virus boleh hinggap di atas permainan, buku, pensil atau peralatan yang dipegang orang yang dijangkiti.
Virus ini juga boleh hidup lebih lama di luar badan manusia berbanding virus lain, oleh itu jika aspek kebersihan diabaikan ia akan merebak dengan cepat kepada orang lain.
Jangkitan mudah berlaku dalam minggu pertama seseorang itu dijangkiti. Najis bekas pesakit masih mengandungi virus, walaupun ia sudah sembuh dan perkara ini boleh berlarutan sehingga lima minggu.
Justeru, Dr Syed Nazir menegaskan supaya setiap orang, terutama ibu bapa dan petugas pusat jagaan kanak-kanak, sentiasa menitikberatkan soal kebersihan. Tangan perlu dicuci dengan bersih setiap kali selepas menukar lampin, keluar dari tandas, mengelap hingus, air liur atau cecair dari kulit melepuh kanak-kanak yang dijangkiti.
Jangkitan juga boleh berlaku pada anak dalam kandungan jika si ibu dijangkiti sebelum bersalin. Bayi boleh mengalami masalah jantung, meningitis (keradangan selaput otak) atau mati jika dijangkiti ketika dilahirkan.
Adakah rawatan khas untuk HFMD?
Menurut Dr Syed Nazir, tiada rawatan khas bagi penyakit ini. Kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa tujuh hingga 10 hari tanpa mengambil ubat. Ubat diberikan hanya untuk meredakan ketidakselesaan yang dialami pesakit seperti ubat demam, ulser atau lepuh.
Bolehkah ia dicegah?
Kaedah pencegahan paling berkesan ialah melalui pemberian vaksin, tetapi sehingga kini tiada vaksin untuk HFMD kerana ia membabitkan jenis virus yang banyak.
Bagaimanapun, cara pencegahan paling mudah ialah menjaga kebersihan. Pada musim cetusan penyakit seperti sekarang ini, elakkan membawa anak ke tempat sibuk dan sesak seperti pusat beli-belah dan kolam renang awam.
Tutup mulut ketika batuk atau bersin. Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas ke tandas. Jangan lupa untuk kerap membersihkan peralatan yang digunakan kanak-kanak.
“Malah, pengusaha tadika yang diarahkan tutup kerana penyakit ini juga perlu membersihkan semua peralatan dalam premis mereka sebelum ia dibuka semula. Langkah ini penting untuk mengelakkan jangkitan berulang kerana virus Cx A16 boleh hidup lama di luar badan manusia,” katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...